suria

[V] Terima banyak komen lucah dan hinaan, Sophia Albarakbah sudah kumpul bukti bakal ambil tindakan

PELAKON Sophia Albarakbah tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang meninggalkan komen berbaur lucah dan hinaan kepadanya menerusi media sosial.

Menerima mesej keterlaluan daripada individu tidak dikenali, Sophia, 31, berkata dia sudah mengumpul bukti kiriman yang diterima dan bakal mengambil tindakan selanjutnya.

"Saya banyak terima ‘direct message’ (DM) yang tidak senonoh. Saya tidak tahu bagi mereka adakah ini perkara lawak dengan menghantar DM tidak senonoh seperti itu.

sophia2 - 1

Sophia dedah terima banyak komen lucah dan hinaan di media sosial.

"Saya sedang menyimpan bukti, semua DM atau komen yang teruk seperti makian dan perkara tidak senonoh semua saya buat tangkap layar untuk dijadikan bahan bukti supaya dapat mengambil tindakan selanjutnya.

"Terserah kepada kalian semua jika mahu terus melakukan perkara itu. Ada banyak yang saya nampak tinggalkan mesej tidak senonoh, jadi saya simpan semuanya sebagai bahan bukti," katanya kepada mStar.

Sophia berkongsi perkara itu ketika ditemui di tayangan perdana filem Harimau Malaya: The Untold Journey yang diadakan di GSC The Starling, Petaling Jaya, Selangor pada malam Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tak henti kena buli di media sosial, Sophia Albarakbah cuba kuatkan diri demi kerjaya

ARTIKEL BERKAITAN: "Kalau dah buat salah kita baiki diri" - Sophia Albarakbah fokus kerja, enggan layan kontroversi tiada faedah

Dalam pada itu, Sophia turut memberitahu dia menerima pelbagai mesej berbaur kebencian tanpa punca yang diketahui.

"Saya tidak pasti sejak bila perkara ini berlaku, tapi bila saya buka sahaja DM, memang ada banyak mesej tidak senonoh dan berbaur kebencian. Ada juga yang bersungguh-sungguh membenci tanpa sebab.

"Ada dua perkara saya terima, iaitu mesej tidak senonoh terutama daripada lelaki. Satu lagi adalah mesej memaki hamun tanpa sebab spesifik.

Saya banyak terima ‘direct message’ (DM) yang tidak senonoh.

SOPHIA ALBARAKBAH

PELAKON

"Saya tak tahu motif mereka. Boleh dikatakan kira-kira 50 peratus DM saya dipenuhi dengan mesej lucah, tapi saya tidak terus sekat sebab mahu kumpul bukti," ujarnya.

Pelakon drama From Saga With Love itu mengakui pada mulanya dia berasa agak tertekan dengan komen dan mesej yang diterima, namun mengambil langkah untuk tidak membaca tulisan negatif itu.

"Pada awal sudah tentu saya terkesan dengan perkara ini. Tapi, saya tetap perlu bekerja dan hidup seperti biasa.

sophia3 - 1

Sophia tidak lagi mahu berdiam diri.

"Jadi, saya cuba untuk tidak terlalu baca semua komen atau mesej sebegitu. Saya cuba tapis perkara yang tidak baik seperti itu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Sophia bakal muncul dalam filem Harimau Malaya: The Untold Journey arahan Datuk Afdlin Shauki yang akan ditayangkan di pawagam bermula 15 Ogos ini.

Selain Sophia, Harimau Malaya: The Untold Journey ini turut dibintangi barisan pelakon popular termasuk Meerqeen, Aidil Aziz, Aiman Hakim Redza, Tony Eusoff, Zain Hamid, Vanidah Imran, Erra Fazira, Nam Ron, Bell Ngasri, Amelia Henderson, Kavin Jay dan Douglas Lim.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain