PERKONGSIAN Amir Masdi seolah-olah sedang berdepan masalah peribadi menarik perhatian peminat yang meluahkan kebimbangan mengenai keadaan penyanyi berkenaan. Menjawab mengenai perkara itu, Amir atau Amir Syazwan Masdi, 27, berkata ia bukanlah luahan perasaan sebaliknya berkaitan album keduanya yang bakal lancarkan pada Oktober nanti. "Ramai yang salah faham sebenarnya mengenai ciapan saya... saya sekarang ini dalam fasa menghabiskan persiapan album kedua saya. Antara ciapan yang dikongsikan Amir di aplikasi X. "Jadinya segala ciapan saya itu berdasarkan lagu-lagu saya," katanya kepada mStar. Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Amir berharap peminat yang bimbang keadaannya itu terus bersabar sehinggalah album keduanya dilancarkan kelak. "Saya tak sangka peminat akan risau sehingga ramai menyangka saya betul-betul ada masalah tapi buat mereka yang mengikuti saya pasti tahu kalau ia sebenarnya berkaitan dengan album saya. ARTIKEL BERKAITAN: Amir Masdi bukan anggota tetap, tak campur kemelut Search ARTIKEL BERKAITAN: “Peminat suka ada nilai sentimental”... Impian Amir Masdi tercapai, lancar album fizikal pertama "Ini kerana segala perkongsian saya di media sosial ketika ini untuk menarik lebih ramai pengikut," katanya lagi. Dalam pada itu, Amir berkata segala ciapan tersebut berdasarkan lirik lagunya itu. Teruja dengan proses tersebut, Amir memberitahu dia berkerjasama dengan Edry Abdul Halim dalam menghasilkan album keduanya ini. "Perkara-perkara yang saya luahkan itu semuanya berdasarkan lagu saya. Ia sebenarnya lagu yang positif. Amir harap peminatnya menanti dengan penuh sabar. "Lagu semua sudah siap tinggal tunggu masa sesuai sahaja," ujarnya. Sebelum ini, perkongsian Amir di aplikasi X mengundang kebimbangan peminat. Mana tidaknya penyanyi yang terkenal dengan lagu Puas ini seakan berdepan masalah peribadi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!