PELAKON Iqram Dinzly tampil mempertahankan Shuk Sahar dan mendedahkan sikap sebenar pelawak berkenaan yang dikatakan seorang lelaki yang sangat kuat bekerja. Menurut Iqram atau Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, Shuk merupakan seorang yang ringan tulang dan sering membantu rakan-rakannya dalam urusan perniagaan. "Sepanjang perkenalan saya di mana saya berniaga berkongsi booth dengan Shuk, saya rasa beliau berhempas pulas berniaga tanpa kira masa, kudrat dan ringan tolong sahabat-sahabatnya menjual dan mengajar teknik perniagaan. "Saya tak katakan Shuk itu malaikat. Cuma apa yang saya boleh kata, Shuk berusaha gigih dalam membangkitkan dirinya dengan membanting tulang empat kerat," katanya. Iqram enggan melihat Shuk terus dipandang buruk oleh masyarakat. Iqram berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. Dalam pada itu, Iqram meluahkan rasa simpati apabila mengetahui mengenai pergolakkan rumah tangga yang berlaku antara Shuk dan isteri iaitu Fara Salleh. Malah, Iqram menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai kata-kata daripada sebelah pihak sahaja. "Dengan rasa simpati terhadap sahabat saya Shuk, mohon jangan bulat-bulat percaya apa yang dilontarkan kata-kata oleh pasangannya dengan ayat yang mencurigakan. ARTIKEL BERKAITAN: Fara Salleh mengaku minta cerai, tak tahan perangai Shuk Sahar... "Berubah tapi sekejap saja" ARTIKEL BERKAITAN: Seumur hidup Shuk Sahar tak pernah cerita buruk tentang orang "Ya manusia tidak lari buat kesilapan tapi kena ingat juga hati-hati dengan wanita akhir zaman. Apabila emosi dihasut syaitan benda yang kecil akan dibesar-besarkan. "Jadi apa yang ditempuhi sekarang ini adalah ujian dan dugaan sebelum Allah nak naikkan lagi darjat. "Mohon masyarakat doakan supaya Shuk dengan pasangannya dikurniakan lindungan daripada fitnah dajjal serta reda dan rahmat Allah mengiringi perjalanan dan perjuangan mereka sebagai pasangan suami isteri," katanya. Sebelum ini, Fara menerusi temu bual bersama mStar mengakui ada meminta cerai dengan Shuk kerana sudah penat melayan kerenah suaminya. Ini kerana dia sudah hilang sabar dengan perangai Shuk yang sering bercerita mengenai keburukannya kepada kenalan rapat sehingga mencemarkan nama baiknya. Pada Isnin, Fara menerusi Thread menulis luahan hati mengenai rumah tangganya.Kata Fara, dia sudah cuba mencari jalan penyelesaian namun suaminya tidak pernah berubah meskipun sudah banyak berbincang. Kemelut rumah tangga Shuk dan Fara menjadi perhatian ramai. Kata Fara, dia sudah cuba mencari jalan penyelesaian namun suaminya tidak pernah berubah meskipun sudah banyak berbincang. Untuk rekod, Fara dan Shuk mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu dan ini merupakan perkahwinan kedua buat pelawak itu. Syuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera dan bercerai pada 22 Mac 2023. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!