KOLABORASI di antara penyanyi Afgan dan penyanyi rap asal Korea Selatan iaitu Jessi menerusi lagu ‘Escape’ menerima ktitikan hebat netizen. Mana tidaknya, Afgan dikatakan tidak menjaga sensitiviti sebagai seorang beragama Islam apabila dilihat mempamerkan aksi mesra bersama penyanyi itu ketika pengambaran muzik video (MV) lagu berkenaan. Tampil menjawab isu tersebut, Afgan atau Afgansyah Reza memberitahu dia tidak mengambil pusing mengenai kritikan dilemparkan itu. Aksi mesra Afgan dan Jessi menerima kritikan netizen. “Saya tak kisah sangat fasal apa yang mereka katakan. Yang penting bagi saya adalah sampaikan mesej dan aura yang ada pada lagu tersebut,” katanya kepada mStar. Afgan mengulas perkara itu ketika ditemui di Sidang Media Konsert Ada Afga dan Lyodra yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Isnin. Menurut Afgan, aksi yang ditonjolkan bersama Jessi hanyalah sekadar memenuhi keperluan lagu memandangkan genre yang ditampilkan berentak rancak. Sebagai penyanyi, dia hanya mahu menampilkan keseronokan sepanjang penggambaran bersesuaian dengan mood lagu berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: 15 tahun menjanda, Rossa belum jumpa lelaki sesuai jadi suami... Pernah terfikir kahwin dengan Afgan ARTIKEL BERKAITAN: Afgan berjalan dalam tidur, tak sedar kemas rumah pukul 3 pagi... Sedar-sedar dah peluk vakum “Saya ingin menyampaikan tenaga dari lagu tersebut sebab lagunya bergenre rancak dan pop. “Sepanjang pengambaran kami hanya bersahaja menyampaikan lagu ini. kita hanya melakukan apa yang kita rasa seronok dan sesuai untuk lagu ini,” ujarnya. Dalam perkembangan lain, Afgan bakal tampil sepentas bersama penyanyi asal Indonesia Lyodra menerusi konsert Ada Afgan dan Lyodra: Live In Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 28 September depan. Mengulas lanjut berkenaan kolaborasi tersebut, Afgan meluahkan keterujaan dapat bekerjasama buat julung kalinya bersama Lyodra memandangkan dia sudah lama mengimpikan kerjasama berkenaan. Malah, dia cukup mengagumi kehebatan vokal Lyodra dan menyifatkan penyanyi itu sebagai ‘diva in the making’. “Saya sangat berbesar hati dapat berkolaborasi bersama Lyodra kerana saya cukup mengagumi beliau. Saya harap kolaborasi ini berhasil. Afgan bakal bekerjasama buat julung kalinya bersama Lyodra. “Dia punya suara yang indah, gaya elegan dan mempunyai karakter yang positif juga, saya boleh katakan seperti diva in the making,” kongsinya. Konsert yang dianjurkan oleh Kharisma Music bakal berlangsung pada 28 September 2024 di Megastar Arena, Kuala Lumpur. Tiket sudah dijual serendah harga RM258 sehingga RM488 menerusi laman web tiket2u bermula 10 Julai lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!