suria

Sufi Rashid rasai nikmat sabar, hubungan dengan ibu sudah kembali jernih

Sufi bersyukur segala masalah lama bersama ibu sudah diselesaikan dengan cara baik.

AIR dicincang tidak akan putus... Selepas beberapa tahun hubungan mereka mengalami masalah, penyanyi Sufi Rashid dan isteri sudah pun kembali berbaik dengan ibu kandungnya iaitu Irma Suriana Mahmud.

Tiada lagi sengketa atau bermasam muka, Sufi atau Muhammad Sufi Rashid, 33, memberitahu hubungan mereka kembali bertaut sejak sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.

"Alhamdulillah kami berdua dan mama sudah pun kembali okay. Begitu juga dengan keluarga Ain sudah berbaik.

size NP 1 - 2024-08-11T132441.462

Keluarga Sufi sudah berbaik dengan keluarga Ain.

"Sejak hari raya tahun lepas kami semua berdamai dan semuanya sudah kembali seperti sedia kala," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Sufi berkata, dia tidak pernah membangkitkan isu tersebut di media sosial kerana merasakan ia perkara peribadi dan sepatutnya diselesaikan secara tertutup tanpa membabitkan orang luar.

Malah Sufi percaya tindakannya berdiam diri dan bersabar adalah wajar daripada bercakap perkara yang tidak sepatutnya di media sosial.

"Perkara yang mengaibkan kita simpan dalam keluarga sahaja, tak perlu kongsi di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Sufi Cuba Selesaikan Isu Gaduh Dengan Ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Sufi zahirkan rasa kecewa... Ibu terus ‘serang’ pertunangannya

"Kena sentiasa bersabar dengan apa yang berlaku. Bagi saya kalau bergaduh ke apa, tak perlu balas membalas sebab diam itu lebih baik," jelasnya.

Juara Akademi Fantasia 2015 itu berkata, apa yang jadi sebelum ini menjadi iktibar untuknya agar tidak melakukan perkara sama di masa hadapan.

Tambah penyanyi Aku Sanggup itu, apabila bergelar artis dia perlu menunjukkan contoh yang baik pada masyarakat.

Apa yang saya hadapi sebelum ini saya anggap sebagai satu pengalaman dan pengajaran untuk saya.

SUFI RASHID

PENYANYI

"Apa yang saya hadapi sebelum ini saya anggap sebagai satu pengalaman dan pengajaran untuk saya.

"Kalau suatu hari nanti saya ada perselisihan faham dengan anak, saya tidak akan lakukan apa saya lalui sebelum ini.

"Apabila bergelar selebriti, bukan sahaja kena tunjuk contoh baik kepada keluarga tapi semua orang," jelasnya.

size NP 1 - 2024-08-11T132606.303

Sufi dan Ain bakal timang cahaya mata pertama.

Untuk rekod, Sufi dan Nurulain Md Yusof berkahwin pada 21 September 2019 dan pasangan itu dijangka bakal menimang cahaya mata pertama pada 9 November depan.

Sebelum ini, timbul insiden ketika majlis persandingan mereka memperlihatkan Nurulain bertindak meninggalkan pelamin sewaktu ibu mentuanya datang bersalaman dan memeluk Sufi.

Malah, keretakan hubungan menantu dan mentua itu mula berlaku berikutan ikatan pernikahan yang tidak direstui keluarga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain