suria

Che Sayang Kitchen ‘Creator of the Year’ Anugerah TikTok Malaysia 2024

Che Sayang Kitchen mengungguli gelaran Creator of the Year.

PEMPENGARUH media sosial Che Sayang Kitchen diangkat sebagai Creator Of The Year di Anugerah TikTok Malaysia 2024.

Che Sayang yang merupakan pencipta kandungan masakan berjaya menewaskan lima pencabar lain iaitu Ryan Bakery, Sofyank, Shi Qi, Daddy Hood dan Sofea Shra.

Che Sayang atau nama sebenarnya Qayyum Halid berkata kejayaan tersebut adalah hasil sokongan keluarga, rakan pencipta kandungan dan pengikutnya.

“Saya ucapkan terima kasih kepada pengundi, saya rasa mustahil nak capai tapi hasil kerja keras dua kali ganda, ini semua berjaya direaliasi.

Qayyum mengalahkan lima lagi calon TikTokers dalam kategori Creator of the Year.

Qayyum mengalahkan lima lagi calon TikTokers dalam kategori Creator of the Year.

“Terima kasih kepada keluarga, semua yang menyokong dan yang unfi hari-hari. Kalau anda boleh bermimpi anda boleh kerja keras untuk capai mimpi tersebut,” katanya.

Che Sayang berjaya membawa pulang trofi dan juga hadiah sebuah telefon pintar.

Dalam pada itu, Celebrity Of The Year dimenangi oleh pelakon dan penyanyi popular, Bella Astillah.

Bella atau Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 30, berkata melalui platform TikTok, dia menerima pelbagai manfaat dan peluang baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Puji keberanian Norlia Ghani, Kartina Aziz pertimbang permintaan bawa karakter Mami Jarum dalam 'live' TikTok

ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming tepati ramalan, bawa pulang trofi 'Creator of the Year' Anugerah TikTok Malaysia 2023

“Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada TikTok Awards Malaysia 2024, saya tidak terfikir pun untuk menang. Terima kasih kepada peminat dan pengikut yang undi saya.

“Sebenarnya saya mula sertai TikTok pada 2018 dan saya rasa TikTok beri banyak peluang pada kita di sini dan semoga kita semua dapat belikan yang terbaik menerusi perkongsian kita,” katanya.

Sementara itu, Brader Wheel Chair dan Lokohopunohgroup pula meraih trofi anugerah istimewa Changemaker Of The Year.

Anugerah istimewa ini bertujuan untuk mengetengahkan dan memberi sokongan kepada mereka yang berani mencipta impian.

Sementara itu, bagi kategori pilihan popular iaitu TikTok Live Creator of the Year dimenangi oleh Acap S atau Asraf Jaafar, Video Of The Year (Agy Official), TikTok Shop Creator of the Year (Pinn Yang).

tiktok4 - 1

Bella memenangi kategori Celebrity Of The Year.

Bagi kategori pilihan juri iaitu Entertainment Creator Of The Year pula dimenangi oleh Kanafly, Animation Creator Of The Year (Yimotapir), Gaming Creator Of The Year (Kingshahx), Sports Creator Of The Year (Amaranas), Food Creator Of The Year (Tang Guo Shop), Education Creator Of The Year (Aminxabid) dan Beauty and Fashion Of The Year (Aishah Rahim).

TikTok Awards Malaysia 2024 menampilkan Che Puan Sarimah Ibrahim dan Janna Nick sebagai pengacara utama, manakala Ain Edruce dan Ceddy Ang menggalas tanggungjawab sebagai hos karpet merah.

Turut memeriahkan acara adalah persembahan dari artis popular seperti Aina Abdul, Naim Daniel, Aisha Retno, Sarah Suhairi, Amir Jahari, Zubir Khan, Ezra Kairo, Alfie Zumi, Muahx, Faizal Tahir, Wani Kayrie dan Afieq Shazwan.

Untuk info, TikTok Awards Malaysia 2024 merupakan acara kedua yang dijayakan TV3 dan TikTok sebagai tapak lonjakan untuk meraikan aspirasi baharu selain membuka peluang kepada pencipta kandungan membuktikan impian mereka mampu menjadi nyata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain