KERINDUAN peminat melihat persembahan vokalis kumpulan Infinite iaitu Kim Sung Kyu akhirnya tercapai apabila penyanyi itu tampil dengan konsert Let’s Vacay In Kuala Lumpur pada malam Sabtu. Sung Kyu bukan sahaja berjaya menghiburkan ribuan peminat yang hadir ke Zepp Kuala Lumpur malah membuatkan mereka jatuh cinta sekali lagi dengannya. Pengalaman lebih 15 tahun sebagai penyanyi juga membuktikan Sung Kyu masih belum hilang taring malah ramai yang terpegun dengan kehebatan vokalnya sepanjang dua jam konsert berlangsung. Tampil dengan kejutan, Sung Kyu membuka tirai persembahan menerusi lagu Divin’ dan Shine yang diberi nafas baru dari segi susunan muzik istimewa buat peminat di Malaysia. Sung Kyu menghiburkan peminat dengan 23 buah lagu. Kemampuan vokal Sung Kyu terserlah ketika membawakan lagu balada seperti Sentimental, Sorry dan Sometimes dengan penghayatan yang begitu baik sehingga mampu meruntun jiwa penonton yang menyaksikannya. Malah rata-rata peminat seakan terpana apabila Sung Kyu ‘belanja’ lagi suara emasnya ketika menyanyikan lagu Fog dan Like A Dream secara akustik. Selain seleksi lagu balada, Sung Kyu berjaya menggamatkan suasana dengan aksi bersahajanya menyanyikan lagu rancak seperti Climax Small Talk dan Go Again. ARTIKEL BEKAITAN : Penantian 11 tahun peminat berakhir, Kim Sung Kyu Infinite buat konsert 2 malam Ogos depan ARTIKEL BERKAITAN: Bang Ye Dam datang KL 24 Ogos, penganjur janji jadi kenangan paling indah buat peminat Pada malam itu, Sung Kyu menyampaikan 23 buah lagu lain antaranya Kontrol, My Everyday Is You, Jump dan Till Sunrise. Pentas juga tidak sunyi apabila Sung Kyu begitu ramah berinteraksi bersama peminat yang menggelarkan diri mereka Inspirits mengenai pelbagai topik termasuk makanan. Meskipun kurang rehat, Sung Kyu tetap meluahkan rasa gembira apabila sempat menjamah nasi goreng setelah tiba di Kuala Lumpur sehari sebelum konsert berkangsung. Sung Kyu teruja dengan sambutan peminat yang diterima. “Saya sampai semalam, tak sempat nak rehat terus pergi latihan. Tapi saya okay saja, kamu semua jangan risau. “Saya gembira dapat makan makanan dan buah-buahan yang sedap di sini, semalam saya makan nasi goreng. Saya suka sangat!” katanya. Kemunculan Sung Kyu secara solo sedikit sebanyak mengubati rindu peminat memandangkan kali terkahir dia datang ke Malaysia pada 2013 bersama kumpulannya, Infinite. Sung Kyu berjanji akan kembali ke Malaysia bersama Infinite. Justeru itu, Sung Kyu turut berjanji kepada Inspirits yang dia akan membawa semua semua anggota kumpulannya kembali ke Malaysia. “Saya masih lagi rasa tak percaya dapat berjumla anda semua semula disini, kali terakhir kita jumpa 11 tahun lalu ketika saya datang dengan Infinite. “Saya janji kepada kamu semua, saya akan kembali ke Malaysia dengan Infinite, kamu semua boleh pegang janji ini!” ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!