suria

Atiq Azman tamat zaman bujang tahun depan, pilih pramugari sebagai calon isteri

Atiq dan Alia (kiri) bakal mendirikan rumah tangga tahun depan.

TANPA berselindung, pelakon Atiq Azman bakal menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihannya iaitu seorang pramugari dikenali sebagai Alia Natasha pada tahun depan.

Pengakuan Atiq atau Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 24, itu sekali gus mengesahkan khabar gembira yang dimuat naik di TikTok miliknya adalah benar dan bukannya hanya sekadar content.

Kata Atiq, dia cuba untuk tidak berkongsi kepada umum tentang hubungan cinta sehinggalah mereka sudah benar-benar mahu meneruskan fasa ke alam perkahwinan.

"Insya-Allah tahun depan kami akan berkahwin tetapi tarikhnya biarlah saya rahsiakan dahulu.

Atiq berkongsi berita gembira di TikTok miliknya.

Atiq berkongsi berita gembira di TikTok miliknya.

"Kali ini apa yang saya kongsi di media sosial itu benar, saya memang nak berkahwin dan bukannya hanya sekadar content.

"Saya pun tak kongsikan sangat perhubungan kami kerana bimbang nanti orang cakap bertukar-tukar pasangan. Jadi apabila saya sudah jumpa dengan calon yang sesuai, barulah saya bersedia untuk kongsi dengan semua," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Atiq memberitahu dia dan Alia berkenalan hanya melalui media sosial.

Perkenalan yang bermula dengan kiriman mesej di Instagram itu akhirnya mengikat hubungan Atiq dan Alia menjadi semakin rapat.

ARTIKEL BERKAITAN: Penat dituduh suka kaum sejenis, Atiq Azman kongsi foto bersama teman wanita

ARTIKEL BERKAITAN: Ingatkan Atiq Azman naik pelamin, rupanya dapat mak tiri baharu - "Ibu bapa saya berhak bahagia"

"Saya mengenali Alia sudah lama. Semuanya bermula daripada Instagram, saya ada menghantar DM dan Alhamdulillah mendapat respon yang baik daripadanya.

"Bila dah berkenalan daripada situ kami mula keluar makan bersama dan hubungannya pun makin rapat," ujarnya.

Berkongsi tentang peribadi kekasihnya itu, Atiq memberitahu dia jatuh hati dengan Alia kerana kecantikan dan percakapannya yang lemah lembut.

Kedua-dua mereka sudah pun berjumpa dengan keluarga masing-masing dan mendapat restu untuk meneruskan hubungan ke fasa seterusnya.

Kali ini apa yang saya kongsi di media sosial itu benar, saya memang nak berkahwin dan bukannya hanya sekadar content.

ATIQ AZMAN

PELAKON

"Saya jatuh hati kepadanya apabila melihat cara dia berkomunikasi. Tak tahu nak gambarkan tapi apa yang saya boleh cakap, macam mana anda melihat dia, begitulah citarasa saya yang ada pada dia.

"Cantik itu semestinya dan dia juga seorang wanita yang sopan santun. Kami pun dah berjumpa dengan keluarga masing-masing dan mereka sudah memberi keizinan serta restu dalam hubungan ini," jelasnya.

Sementara itu, pelakon drama Nur ini juga berkongsi dia sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami.

Menurut Atiq, dia ingin menghalalkan hubungan bersama Alia kerana ingin mengelakkan daripada terus melakukan dosa.

"Saya sudah bersedia untuk jadi suami sebab umur saya pun semakin meningkat. Kalau ikutkan ramai yang cakap saya tak sepatutnya kahwin lagi kerana kerjaya saya sebagai pelakon.

Atiq sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami.

"Tapi bagi saya, perkahwinan ini adalah untuk menghalalkan hubungan dan mengelakkan daripada terus melakukan dosa.

"Saya pun tak letak 100 peratus job pada lakonan. Saya percaya rezeki itu insya-Allah akan sentiasa ada untuk kami," katanya.

Pada Ahad, Atiq memuat naik sebuah video di TikTok miliknya menunjukkan dia bersama seorang wanita sedang menjalani sesi fotografi untuk merakamkan foto yang dipercayai akan digunakan bagi digunakan untuk urusan akad nikah.

Menerusi perkongsian itu juga, aktor berkenaan menulis kapsyen Bismillah dengan tanda pagar #countingdays seperti memberi gambaran sedang menunggu hari untuk bernikah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain