PERSONALITI media sosial Andika Putera dan bekas isteri iaitu Ananda Natasha akhirnya memilih jalan damai selepas saling berbalas kenyataan berhubung masalah rumah tangga mereka di media sosial. Andika atau Muhamad Andika Putera Salleh, 27, berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan anak perempuan mereka iaitu Alisha Puteri mendapat kasih sayang sewajarnya. Mereka sepakat untuk menjaga Alisha secara bergilir-gilir selepas bertemu dan berbincang secara baik tentang masa depan anak mereka. Andika dan Tasha pilih untuk berdamai demi anak. "Tasha (panggilan Ananda) sudah bertemu secara bersemuka dan berbincang secara harmoni tentang anak kami. "Hak penjagaan akan diperhalusi dan diselesaikan dengan baik untuk kebahagiaan Alisha. "Kami akan fokus tentang penjagaannya secara adil dan bergilir-gilir yang mana Tasha seminggu, saya seminggu," katanya. Dalam pada itu, Andika menjelaskan semua perjanjian bersama Ananda sebelum bercerai juga kekal manakala termasuk menyediakan pembantu atau pengasuh termasuk nafkah. ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi video ‘curang dengan izin Allah’, Andika akui silap... terguris hati digelar penunggang agama - “Visual panjang disunting jadi pendek, mesejnya jangan menilai sesiapa” ARTIKEL BERKAITAN: Dulu sinonim kontroversi, kelahiran Alisha Puteri buat Andika Putera lebih kuat dan matang... teruja balik beraya di Taiping Manakala tuntutan mutaah pula kata Andika akan ditentukan pihak mahkamah. "Perjanjian sebelum cerai iaitu menyediakan pembantu atau pengasuh untuk Alisha serta nafkah yang mencukupi diteruskan seperti biasa. "Mutaah pula perlu tunggu sehingga keputusan yang ditentukan daripada pihak mahkamah syariah," jelasnya. Sementara itu, Andika turut menepis dakwaan kononnya dia mahu menyebarkan video intim bersama Ananda selepas berlaku perselisihan faham di antara mereka sebelum ini. Andika dan Tasha akan jaga Alisha secara bergilir-gilir. "Saya ingin menegaskan tiada video mahupun gambar terlarang atau sensitif dalam simpanan saya dan ia tidak pernah wujud pun," tegasnya. Untuk rekod, Andika pernah bercerai dengan Ananda pada tahun 2022 namun mereka rujuk semula demi kebaikan anak. Bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang apabila sekali lagi mengambil keputusan untuk bercerai pada Disember tahun lalu. Sebelum ini kecoh di media sosial perbalahan Andika dan Ananda yang masing-masing dilihat membuka aib bekas pasangan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!