suria

Juara Dewi Remaja Nurel Baharin tak kejar populariti, jadikan Bront Palarae dan Nabila Huda sebagai ‘role model’

Nurel mahu dikenali kerana bakat dan bukan disebabkan cerita sensasi mahupun kontroversi.

MEMULAKAN karier dalam bidang seni dengan langkah kanan, pelakon Nurel Baharin bersyukur selepas bergelar juara Dewi Remaja 2023 dia menerima pelbagai tawaran lakonan.

Nurel atau Nurelyana Baharin, 22, berkata, bidang lakonan sudah menjadi minatnya sejak dahulu, bahkan aktres itu mempunyai diploma dalam jurusan seni lakon teater.

"Sekarang Alhamdulillah, rezeki saya semakin luas selepas semakin dikenali menjadi juara Dewi Remaja 2023.

NP-136

Nurel miliki diploma teater dan minat bidang lakonan dari dulu lagi.

"Berlakon ini adalah impian saya dari dulu, saya ada diploma teater dan memang minat sangat berlakon.

"Jadi habis sahaja belajar, saya terus cuba nasib masuk dewi remaja dan tak sangka pula boleh menang," katanya ketika dihubungi mStar.

Semenjak bergelar juara, Nurel sudah pun berlakon dalam sebuah drama dan dua telefilem.

Sedar akan kepentingan populariti bagi seseorang selebriti, Nurel berkata, dia tidak akan sesekali cuba menarik perhatian umum dengan cara publisiti murahan atau kontroversi panas.

ARTIKEL BERKAITAN: Gelaran Hero Dewi Remaja 2023 milik Aiman Ameer dan Nurel

ARTIKEL BERKAITAN: Teragak-agak beri maksud peribahasa Melayu, netizen cadang peserta HeroDewi Remaja masuk PLKN

Sebaliknya, gadis berasal dari Kuching, Sarawak itu mahu dikenali kerana bakat dimiliki dalam bidang lakonan serta percaya pada rezeki sudah ditetapkan oleh Allah SWT.

"Saya seorang yang percaya pada proses, sebab sekarang pun saya sedang menjalani perkara itu.

"Saya tak mahu orang kenal saya dengan perkara negatif atau kontroversi.

"Bagi saya rezeki ada dimana-mana, asalkan keperluan saya cukup... Saya tak kejar populariti, tapi saya kena usaha ke arah itu," jelasnya.

Saya tak mahu orang kenal saya dengan perkara negatif atau kontroversi.

NUREL BAHARIN

PELAKON

Ditanya mengenai idolanya, Nurel sangat kagum dengan aktor Bront Palarae dan aktres Nabila Huda.

Menurut Nurel, mereka berdua mampu membawa apa sahaja jenis karakter dan merupakan pelakon yang sangat hebat.

"Dari dulu saya sangat minat pada Bront dan Nabila, suka tengok lakonan mereka.

"Kedua-dua mereka juga sangat versatil, berilah apa sahaja watak mereka akan jayakan dengan sangat baik," ujarnya.

NP-135

Bront dan Nabila merupakan 'role model' buat Nurel.

Berikut adalah 5 fakta menarik tentang Nurel yang mungkin tidak diketahui peminat.

1. Seorang ambivert dan mudah terhibur dengan jenaka orang sekeliling.

2. Suka makan ayam dan hanya makan ikan yang digoreng sahaja.

3. Tidak suka berbelanja di pusat beli belah, sebaliknya hanya membeli secara dalam talian.

4. Pernah memasuki kelas tarian daripada darjah tiga sehingga tingkatan lima.

5. Suka berjemur dan luangkan masa di pantai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain