SELEPAS lima tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya penyanyi Sufi Rashid bakal menimang cahaya mata pertama. Jelas Sufi atau Muhammad Sufian Rashid, 33, isterinya Nurulain Md Yusof sedang hamil anak perempuan dan usia kandungan sudah memasuki enam bulan. “Alhamdulillah, sekarang isteri tengah hamil enam bulan dan bayi dalam perut ini adalah bayi perempuan,” katanya kepada mStar. Sufi teruja bakal menimang cahaya mata perempuan. Sufi berkongsi perkara itu semasa majlis Gender Reveal dia dan isteri di Zebra Square, Kuala Lumpur pada malam Sabtu. Seramai 100 orang tetamu hadir yang terdiri daripada keluarga, sahabat handai dan petugas media yang melaporkan majlis berkenaan. Bersyukur dengan kurniaan rezeki itu, Sufi berkata, dia dan isteri sebelum ini memang merancang kerana memikirkan faktor ekonomi yang tidak mengizinkan. ARTIKEL BERKAITAN: Sambut ulang tahun pertama perkahwinan, isteri Sufi Rashid berang diminta cepat dapat anak - "Kalau semudah saya beli kucing, esok saya beli baby" ARTIKEL BERKAITAN: "Isteri gemuk sikit je terus orang kata nak dapat anak!" - Sufi Rashid dah bosan ditanya tentang zuriat Tambah Sufi, pendapatannya kini yang sudah stabil membuatkan dia yakin sekarang adalah masa sesuai untuk menambah bilangan ahli keluarga. “Kami sebenarnya merancang dan tak pernah cuba untuk dapatkan zuriat selama lima tahun berkahwin. “Alhamdulillah masa di London saya cakap pada isteri sudah tiba masa untuk ada anak sebab kami pun dah stabil dari segi kewangan. Sufi dan isteri gelar bayi dalam kandungan sebagai baby London. “Jadi boleh dikatakan bayi kami ni baby London,” jelasnya. Untuk rekod, Sufi dan Ain berkahwin pada 21 September 2019. Ain dijangka bersalin pada 9 November depan di sebuah hospital swasta di Seri Kembangan, Selangor. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!