suria

Tekak gatal selepas gosok gigi, Aleeya Zailan terkejut air paip hotel 5 bintang macam teh ais

Aleeya alami sakit tekak kerana kualiti air di hotel yang teruk.

USAHAWAN kosmetik Aleeya Zailan terkejut selepas mendapati kualiti air paip ketika menginap di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Melaka sangat kotor.

Aleeya, 35, berkata, pada awalnya dia tidak menyedari tentang perkara itu namun selepas tekaknya berasa sakit dan gatal selepas menggosok gigi dia tergerak hati untuk menadah air sebelum mendapati ia sangat keruh.

"Lepas gosok gigi, tekak saya mula terasa sakit dan gatal-gatal seperti ada sesuatu yang tidak kena sewaktu berkumur.

size NP 1 - 2024-08-10T152619.812

Aleeya meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap kualiti air hotel di Instagram.

"Terdetik untuk periksa air, saya buka paip dan tadahnya di dalam sinki.

"Memang terkejut dibuatnya bila saya lihat betapa kotornya air paip milik sebuah hotel jenama terkemuka di dunia," katanya.

Aleeya berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran video di Instagram miliknya pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pencapaian tiada ganti tanpa kehadiran bonda tercinta, Aleeya Zailan sebak ramai ‘ibu’ doakan kejayaan

ARTIKEL BERKAITAN: Aleeya Zailan kesal guru buli anak hiperaktif, kejar sehingga ke kereta kerana kesalahan tendang papan tanda

Berdasarkan video tersebut, kualiti air yang keluar daripada paip dilihat sangat keruh, berwarna kuning seakan-akan air teh susu.

Lebih mengecewakan usahawan itu apabila situasi tersebut hanya disedari sejurus dia dan anak-anaknya selesai membersihkan diri.

Malah Aleeya mempersoalkan kreadibiliti hotel berkenaan yang sepatutnya memberikan servis terbaik buat pelanggan mereka.

size NP 1 - 2024-08-10T152538.583

Aleeya risau kesihatan anak-anaknya yang sudah mandi dengan air kualitinya tercemar.

"Tak tenteram ya hati bila anak-anak kita dah mandi air kotor ini.

"Macam mana perkara ini boleh terjadi dekat hotel ternama yang terkenal satu dunia?," ujarnya.

Tambahnya Aleeya, bukan dia sahaja yang berdepan masalah itu, malah ahli keluarga serta kakitangannya yang menginap di bilik aras yang sama turut mengalami isu sama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain