suria

Perkahwinan hanya bertahan 5 tahun, Erynne Erynna umum sudah bercerai - “Kepada Afify, terima kasih untuk segalanya”

Erynne memaklumkan sudah bercerai dengan suami.

PELAKON Erynne Erynna memaklumkan ikatan perkahwinan dengan suami iaitu Afify Sazali sudah berakhir dengan penceraian.

Menganggap jodoh mereka tidak panjang, Erynne atau Syazlynne Erynne Abdullah, 27, reda dengan takdir yang telah ditentukan untuknya.

"Assalamualaikum semua, jika dulu saya kongsi berita gembira pada 2019 yang saya sudah berkahwin, kini dengan dukacitanya saya ingin memaklumkan sudah bercerai dengan suami.

"Sudah tertulis sampai di sini sahaja jodoh kami dan inilah yang Allah takdirkan buat kami, maka bercerailah kami atas izin-Nya," katanya.

Erynne berkongsi foto kenangan bersama bekas suami dan anak mereka.

Erynne berkongsi foto kenangan bersama bekas suami dan anak mereka.

Erynne berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Sabtu.

Dalam pada itu, Erynne mengakui penceraian ini merupakan satu dugaan berat buatnya namun dia bersyukur kerana dikurniakan bekas suami yang bertanggungjawab.

Kata Erynne, dia dan bekas suami sedaya upaya akan membesarkan anak mereka iaitu Medinah dengan baik.

"Segala puji bagi Allah, sungguh ini ujian yang amat berat tetapi Allah duga dan beri ujian pada hamba-Nya yang Dia sayang dan tidak akan menguji hamba-Nya lebih daripada kemampuannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu pelakon cilik kini dah jadi ibu... Erynne Erynna akui masih susah dapat watak dewasa - "Mungkin kena tukar imej, solekan untuk nampak matang"

ARTIKEL BERKAITAN: Erynne Erynna Belum Pernah Dirasuk

"Namun begitu bekas suami saya adalah seorang bapa yang baik dan bertanggungjawab kepada anak kami.

"Alhamdulillah kami cuba yang terbaik untuk menjadi ibu bapa kepada Medinah dan berikan sepenuh kasih sayang kepadanya," ujarnya.

Pelakon filem Congkak ini turut mengucapkan terima kasih buat bekas suami atas segala pengorbanan yang diberikan sepanjang mereka bergelar suami isteri.

Erynne reda dengan penceraiannya bersama suami.

Erynne reda dengan penceraiannya bersama suami.

Erynne turut memohon orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.

"Kepada Afify, terima kasih untuk segalanya. Semoga Allah memberkati dan melindungi awak serta keluarga.

"Doakan yang baik-baik untuk kami sekeluarga ya dan kami juga akan mendoakan yang terbaik untuk anda semua," katanya.

Untuk rekod, Erynne dan Afify mendirikan rumah tangga pada 17 April 2019 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Medinah yang kini berusia 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain