suria

Tak sampai setahun bercerai, Hajar Hanif sah bergelar isteri influencer Azwan Aziz

Hajar bertemu jodoh dengan Azwan (kiri).

PERSONALITI media sosial Hajar Hanif sah bergelar isteri kepada pempengaruh Azwan Aziz dengan sekali lafaz pada pukul 11:30 pagi Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Hanif Gohar Rahman dengan disaksikan jurunikah Syed Abdullah Syed Nordin.

Majlis pernikahan pasangan itu diadakan secara sederhana di Masjid Asy-Syakirin, Kuala Lumpur.

hajar1 - 1

Sekitar majlis pernikahan Hajar dan Azwan.

Pengantin lelaki menyerahkan RM300 sebagai mas kahwin berserta lima dulang hantaran manakala wang hantaran pula dirahsiakan.

Manakala Hajar atau Siti Hajar Mohd Hanif, 28, turut menyerahkan tujuh dulang hantaran kepada pihak lelaki.

Seramai 50 orang ahli keluarga kedua-dua belah pasangan itu menghadiri majlis pernikahan berkenaan.

Dalam pada itu, majlis resepsi Hajar dan Azwan, 33, akan berlangsung pada sebelah malam Sabtu di Madras Darbar, Semenyih, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah cerai talak satu, influencer Hajar Hanif mahu terus ‘move on’... Enggan kenang kisah silam bersama bekas suami

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan niat buka aib suami curang... Taklik talak 3 sudah lama, Hajar Hanif tiada pilihan risau status diri dan anak-anak

Untuk rekod, Hajar pernah mendirikan rumah tangga dengan influencer Mikhail Isaaq pada 1 Januari 2017, namun bercerai pada 5 Disember tahun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail Darwish,5 dan Mikhail Darris, setahun.

Sebelum ini, kisah rumah tangga Hajar dan Mikhail pernah tular di media sosial selepas wanita itu mendakwa dia dijatuhkan talak tiga selepas bekas suami melafazkan taklik terhadapnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain