SUSULAN didakwa memerli pelakon Bella Astillah, ibu kepada penyanyi Aliff Aziz diserang netizen kerana tindakan yang dilakukannya. Hafiza atau Siti Hafiza Basharahil dengan nada sarkastik menasihatkan netizen untuk tidak leka dalam memberikan komen negatif sehingga menganggu tidur mereka. Kata Hafiza, dia akan menyekat dan memadam semua komen-komen kecaman yang diterima menerusi pesanan mesej (DM). Ibu Aliff diserang netizen menerusi media sosial. "Seperti yang dijangka, cybertrooper tidak berbayar sudah mainkan peranan. Masya-Allah. "Alhamdulillah tetapi jangan sampai tak tidur ya sebab sudah tiba masanya untuk saya sekat dan padam semua 'kerja keras' anda," katanya. Hafiza berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: "Talak itu antara pasangan"... Ibu Aliff Aziz kongsi ceramah hukum larang anak berjumpa ayah atau ibu selepas cerai ARTIKEL BERKAITAN: "Saya tahu soal hukum" - Bella Astillah jawab sindiran bekas ibu mentua, sehingga sekarang tiada kata maaf Menerusi perkongsian yang dibuat, Hafiza menunjukkan DM yang diterima dan rata-ratanya memberikan kecaman terhadap ibu pelakon drama Terjerat itu. Sebelum ini, Hafiza berkongsi petikan ceramah Ustaz Azhar Idrus mengenai larangan anak-anak daripada berjumpa kedua ibu bapa mereka. Ia dipercayai dimuat naik selepas Bella atau Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 30, mengeluarkan kenyataan kepada media memberitahu dia mempunyai sebab tersendiri tidak membenarkan keluarga bekas suami berhubung dengan anak-anaknya. Tidak hanya berdiam diri, Bella memuat naik hantaran di Instagram miliknya pada Jumaat dan memohon agar ibu Aliff tidak lagi memerlinya dengan memuat naik video-video sarkastik melalui media sosial. Kata Bella, Hafiza menjadi punca dia membuat keputusan melarang anak-anaknya daripada bertemu dengan nenek dan datuk mereka. Aliff dan Bella bercerai pada 13 Jun lalu. Pada Julai lalu, Aliff, 33, dan Hafiza ada memuat naik beberapa hantaran di media sosial mengenai kerinduan mereka terhadap Ayden dan Ara. Untuk rekod, Bella dan Aliff bercerai talak satu pada 13 Jun lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga. Selepas melafazkan cerai, Aliff bersetuju memberikan hak penjagaan penuh dua anaknya iaitu Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4 tahun kepada Bella. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!