suria

Tepis dakwaan hantar sekolah swasta membazir, anak Fatin Afeefa dapat 11 A dalam peperiksaan

Fatin gembira melihat keputusan cemerlang anak perempuannya.

USAHA pelakon Fatin Afeefa menghantar anak perempuannya iaitu Ivy Herra Sophia ke sekolah swasta akhirnya berbaloi apabila kanak-kanak itu berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudi, 29, berkata, sebelum ini ada segelintir individu yang berpendapat tindakan menghantar anak ke sekolah swasta adalah satu pembaziran namun Ivy berjaya mendapat keputusan cemerlang 11 A.

"Sekolah mana-mana sama sahaja, mengada saja nak belajar di sekolah swasta. Tuisyen semua membazir.

fatin - 1

Fatin mengucapkan tahniah atas kejayaan Ivy (kanan).

"Terbaik Ivy, salam 11A 1 B," katanya.

Fatin berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fatin Afeefa geram dengan Adam Shahz, tak adil suami pula kena tanggung perbelanjaan anak

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fatin Afeefa bangga suami usaha cari pendapatan tanpa forex, ada bisnes lain sara keluarga

Menerusi hantaran tersebut, Fatin turut memuat naik slip keputusan peperiksaan anaknya yang mengambil 12 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Bahasa Arab, Konstruk Diniyyah, Feqah, Jawi, Sirah, Tajwid dan Tauhid.

Sebelum ini, Fatin menerusi siaran secara langsung di TikTok menafikan dakwaan tidak menghantar anak ke sekolah.

Kata Fatin, dia mempunyai bukti pembayaran bagi kos pendidikan Ivy dengan membelanjakan RM40,000 untuk kemasukan ke sekolah antarabangsa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain