suria

Kunto Aji datang KL buat konsert lagi, istimewa kali ini ada sesi ‘curhat’ dengan peminat

Junto mahu mendengar kisah kehidupan peminatnya menerusi sesi 'update kehidupan'.

SELEPAS kejayaan penganjuran konsert di Kuala Lumpur pada tahun lalu, penyanyi asal Indonesia iaitu Kunto Aji kembali menghiburkan peminat di negara ini pada 28 Ogos depan.

Bukan sekadar pertunjukan biasa, Kunto tampil dengan pendekatan baharu untuk bertemu peminat menerusi konsert Perjalanan Menawar Racun.

Istimewanya lagi, dia berhasrat beramah mesra menerusi sesi 'curhat' bersama peminatnya sehari sebelum persembahan berlangsung.

Copy of Untitled (75)

Kunto menjanjikan pengalaman berbeza untuk konsert kali ini.

"Konsert kali ini bukan sekadar pertujukan biasa, saya nak cari peluang untuk bertemu secara langsung dengan peminat di Malaysia.

"Bukan secara meet and greet atau berfoto tetapi saya nak berbual dengan mereka peminat tentang kehidupan.

"Saya tak nak tekankan acara muzik sahaja tapi saya jadi sesi itu menjadi seperti sesi 'luahan perasan'," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Kunto Aji jumpa pakar psikologi secara rutin demi jaga kesihatan mental

ARTIKEL BERKAITAN: D'Masiv datang KL buat konsert lagi, pertama kali nyanyi lagu baharu... Tak sabar cari nasi kandar dan Musang King

Kunto berkongsi perkara itu menerusi sesi sidang media Konsert Perjalanan Menawar Racun secara atas talian pada Jumaat.

Masih tiada kata putus mengenai lokasi, namun Kunto memilih sesi pertemuan tersebut dibuat di kawasan terbuka sekitar Kuala Lumpur.

Apa yang lebih istimewa, penyanyi itu merancang bergerak ke lokasi tersebut dengan menaiki motorsikal.

"Sebelum konsert saya nak ajak peminat jalan-jalan dengan saya di sekitar Kuala Lumpur.

Saya tak nak tekankan acara muzik sahaja tapi saya jadi sesi itu menjadi seperti sesi 'luahan perasan'.

KUNTO AJI

PENYANYI

"Mungkin sesi bersama peminat saya akan buat di lokasi kawasan 'outdoor' supaya lebih ramai boleh sertai.

"Sepanjang di Kuala Lumpur, perjalanan saya untuk bertemu peminat ke lokasi terpilih dengan menaiki motorsikal," jelasnya.

Selain mempersembahkan lagu-lagu popularnya, Kunto bakal mendedangkan lagu daripada album terbaharunya iaitu Pengantar Purifikasi Pikir.

Copy of Untitled (76)

Kunto bakal mendendankan pelbagai lagu popular.

"Sebelum ini, ketika datang ke Malaysia saya tak dapat menyanyikan lagu-lagu dalam album terbaharunya.

"Saya mahu ambil kesempatan untuk bawakan bawa lagu dari album tersebut untuk konsert saya akan dating," ujarnya.

Konsert Perjalanan Menawar Racun bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 28 Ogos 2024.

Tikel dijual pada harga serendah RM108 sehingga RM1,988 menerusi lama web Malam Galau.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain