suria

Letih layan kerenah pembantu rumah, Farah Nabilah pilih urus sendiri rumah tangga... “Macam-macam cekadak, penat nak fikir”

Untung suami Farah dapat rasa air tangan isteri setiap hari.

SERIK dengan pembantu rumah, pelakon Farah Nabilah memilih untuk tidak menggunakan lagi perkhidmatan tersebut dalam menguruskan kehidupan hariannya bersama keluarga.

Farah atau Farah Nabilah Saipuddin, 32, berkata dia secara sukarela membuat keputusan untuk menguruskan sendiri hal rumah tangga selepas mendapat persetujuan suaminya.

"Saya tak ada pembantu rumah. Dulu saya pernah ada beberapa kali tapi sakit kepalalah dengan dorang. Macam-macam hal, macam-macam cekadak (kerenah) penat nak fikir.

fN1

Farah rela hati urus rumah tangga sendiri.

"Jadi lepas pembantu rumah yang terakhir, saya buat keputusan dan cakap dengan suami saya, tak apa, saya sanggup buat kerja rumah sendiri sebab lagi penat nak fikir pasal diaorang ini daripada nak buat kerja rumah sebenarnya," katanya.

Farah berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya selpeas mendapat pertanyaan dari peminat tentang caranya dia menguruskan rumah tangga.

Bagaimanapun, Farah akan memanggil pembantu harian sekiranya memerlukan mereka membantu dalam menguruskan kerja rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Yusuf Gibran nama pilihan Farah Nabilah dan suami buat bayi kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Ada sebab kenapa Farah Nabilah tak buat ‘come back’ berlakon - “Zaman sekarang ini bukan mudah, saya tak nak silap percaturan”

Dalam masa sama, dia bersyukur kerana ibu bapa mentua tinggal berhampiran dengannya dan turut membantu meringankan beban menguruskan rumah.

"Jadi saya cakap dengan suami saya kalau saya penat sangat hanya panggil ‘daily maid’ tapi saya sangat bertuah sebab ada ibu mentua yang dekat dengan rumah dan saya ada ibu saya.

"Kalau ada apa-apa, saya boleh hantar anak-anak dekat rumah mereka, kalau tak ada ibu bapa saya dan ibu bapa mentua saya, saya pun tak boleh lakukannya.

gn3

Farah syukur dibantu ibu bapa dalam menguruskan anak-anak.

"Mungkin saya akan perlukan pembantu rumah juga," ujarnya.

Untuk rekod, Farah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang Mohammed Amirul Yunus, 32, pada 20 Disember 2019.

Pasangan itu turut mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Andre Omar, 4 dan Yusuf Gibran, 2.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain