suria

“Dia tarik diri, left group”... Noraniza Idris tak pecat pengarah persembahan, ulas dakwaan tidak bayar wang deposit

Noraniza menjawab kontroversi membabitkan Konsert Qalam.

SELEPAS timbul dakwaan memecat pengarah persembahan bagi Konsert Qalam iaitu Anwar Rusdini, penyanyi Noraniza Idris tampil menjawab beberapa perkara berbangkit berhubung isu berkenaan.

Menurut Noraniza, 55, dia tidak pernah melantik lelaki itu sebagai pengarah persembahan untuk konsert itu, malah Anwar sendiri memilih untuk menarik diri daripada projek berkenaan.

"Saya sepakat bersama team untuk hanya memberikan posisi sebagai penulis skrip sahaja kepada Anwar.

"Saya jelaskan perkara ini dalam group chat dan suruh dia fokus sahaja kepada penulisan skrip tetapi dia cakap... kalau macam itulah caranya dia tarik diri dan terus left group (WhatsApp).

ani11 - 1

Anwar (kanan) bersama Noraniza sewaktu perbincangan mengenai pelaksanaan konsert.

"Jadi tak ada isu lantikan kerana saya tidak pernah melantiknya. Malah saya beri peluang untuk dia teruskan sebagai penulis skrip namun dia sendiri yang tarik diri," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Noraniza memberitahu Anwar yang menawarkan diri sebagai pengarah kerana yakin mampu untuk mengendalikan sebuah persembahan pentas.

Bagaimanapun kepercayaan yang pada mulanya diberikan itu tidak digalas dengan baik selepas lelaki itu gagal melaksanakan amanah diberikan.

"Bila saya buat meeting dan beritahu kami tiada lagi pengarah persembahan, dia tawarkan diri. Saya tanya betul ke dia berpengalaman persembahan pentas yang berskala besar, katanya insya-Allah saya ada team.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah persembahan kena pecat... Noraniza Idris didakwa enggan selesai deposit Konsert Qalam

ARTIKEL BERKAITAN: Poster Konsert Qalam disamakan dengan Tahun Baharu Cina, Noraniza Idris minta kaji sejarah Melaka

"Kebetulan ada satu hari saya kena tinggalkan team untuk pergi buat persembahan di Pahang. Saya amanahkan Anwar untuk jadi pemangku dalam urusan persiapan konsert nanti.

"Saya minta dia beri arahan dalam grup WhatsApp. Tujuan saya untuk lihat dia mampu atau tidak mengendalikan keseluruhan persembahan saya nanti. Tapi dalam masa satu hari tu saya tunggu dia tak masuk-masuk dalam grup chat tanpa beri sebarang arahan," ujarnya.

Mengulas lanjut berkenaan dakwaan tidak membayar wang deposit, penyanyi lagu Dikir Puteri ini turut mendedahkan Anwar juga gagal menterjemahkan idea yang diberikan dalam penulisan skrip persembahan tersebut.

Meskipun diberi peluang untuk membuat pindaan beberapa kali, Anwar masih tidak dapat memberikan apa yang diminta dan seterusnya mendesak untuk mendapatkan wang deposit.

"Draft pertama yang dihantar saya beritahu ia tidak sesuai dengan konsep yang saya bayangkan.

"Saya bagi dia satu sample untuk rujukan tapi sampai draft keenam saya dah minta dia untuk tidak tukar apa-apa lagi pada skrip berkenaan kerana Anwar tidak faham apa yang saya mahukan.

ani2 - 1

Noraniza terkilan dengan dakwaan yang dilemparkan terhadap dirinya.

"Dia kemudiannya mendesak saya untuk buat bayaran deposit. Katanya kalau tidak bayar deposit, dia tidak akan teruskan projek ini dan menarik diri. Macam mana saya nak bagi dia duit deposit sedangkan konsep skrip pun dia tidak faham?" katanya.

Pada Khamis, Anwar mendakwa dia disingkirkan daripada pasukan Konsert Qalam Noraniza Idris yang bakal berlangsung di Panggung Bangsawan Melaka September depan.

Anwar mendedahkan penyingkiran itu disebabkan dia sering mendesak agar wang deposit dibayar bagi hasil kerja penulisan skrip dan tugasan sebagai pengarah persembahan yang diamanahkan kepadanya.

Kata Anwar, sehingga kini dia masih belum menerima sebarang deposit sebaliknya disingkirkan selepas beberapa kali meminta wang berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain