suria

Maryam tak perasan suara Ryzal dalam video, sudah tegur lawak ‘double meaning’

Maryam enggan panjangkan isu gurauan lucah.

PERSONALITI media sosial Maryam You Narae akhrinya bersuara mengenai lawak berunsur ‘double meaning’ yang dilakukan suaminya, Ryzal Ibrahim.

Kata Maryam, 31, dia tidak menyedari suara suaminya kedengaran ketika memuat naik video berkenaan di Instagram miliknya.

"Ketika saya muat naik video itu saya tidak tahu suara Ryzal di situ. Bila orang sudah kecam saya baru tahu," katanya ketika dihubungi mStar.

ryzal 2

Video yang tular melibatkan guaruan Ryzal.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Maryam memberitahu dia sudah pun menegur Ryzal selepas video berkenaan menerima pelbagai komen negatif dari netizen.

Namun dia juga tidak menyalahkan suaminya yang mungkin sudah terbiasa bergurau dengan lawak sedemikian.

"Saya pun sudah tegur Ryzal mengenai perkara itu kerana saya juga tidak suka lawak seperti itu.

"Mungkin Ryzal sudah biasa dibesarkan dengan lawak seperti itu," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Percutian ke London ada hikmah, Maryam akhirnya jumpa al-Quran terjemahan bahasa Korea

ARTIKEL BERKAITAN: Penampilan belum sempurna, ramai terlupa Maryam masih belajar jadi Muslimah terbaik... Lancar produk khimar buat wanita

Dalam pada itu, Maryam berkata dia memilih untuk tidak memadam video berkenaan kerana mahu suaminya mendapat pengajaran daripada kesilapan itu.

"Saya memilih untuk tidak memadam video itu supaya Ryzal baca segala komen netizen. Saya harap dia dapat belajar sesuatu daripada perkara itu.

"Saya tidaklah terlalu marah tapi dalam masa sama mahu dia belajar dengan cara yang baik.

"Kalau menggunakan kata-kata benci juga tidak bagus kerana itu bukan ajaran dalam Islam," ujarnya.

ryza; 3

Maryam mahu Ryzal dapat teguran yang baik.

Pada 8 Ogos, nama Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim dikecam netizen selepas membuat lawak berunsur ‘double meaning’ terhadap isteri dan anaknya.

Dalam video tersebut, Maryam berkongsi kepada umum tip atau cara untuk memilih buah tembikai yang mempunyai isi elok dan manis.

Namun Ryzal mengaitkan saiz bahagian tapak tembikai itu dengan isteri dan anaknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain