PELAKON Noorkhiriah memaklumkan suaminya iaitu Azfaizul Ahtan dimasukkan ke wad pusat perubatan swasta di Damansara, Selangor selepas mengalami serangan asma dan influenza. Khiriah atau Noorkhiriah Ahmad Shapie, 46, berkata, dia berasa bimbang dengan keadaan suaminya yang dikatakan berada dalam keadaan membimbangkan. "Assalamualaikum, mohon doakan suami saya sihat sepenuhnya dari semput dan influenza. Terima kasih semua. "Saya susah hati sebenarnya, dah balik KL uruskan hal wad semua tiba-tiba tadi asma suami saya teruk semula," katanya. Noorkhiriah memaklumkan keadaan suami di Instastory miliknya. Khiriah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya. Dalam pada itu, Khiriah memberitahu dia diberi ujian apabila suami dan anaknya bergilir masuk ke hospital ketika diq mempunyai urusan di luar Kuala Lumpur. Kongsi Khiriah, dia kini berada di Terengganu dan berharap agar Allah SWT mengangkat doa-doa yang dikirimkan oleh orang ramai. ARTIKEL BERKAITAN: Video lama kembali tular, Noorkhiriah minta penyamar padam akaun TikTok atau berdepan tindakan ARTIKEL BERKAITAN: "Ikutkan hati tak nak minta sumbangan"... Noorkhiriah terpaksa cari dana teruskan kerja amal pengurusan jenazah "Diuji apabila suami dan anak saya berganti masuk hospital sewaktu saya berada jauh di perantauan. "Saya sudah berada jauh di Terengganu. Semoga Allah angkat doa-doa kita," ujarnya. Untuk rekod, Khiriah mendirikan rumah tangga dengan Azfaizul pada 2006. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Hudhaifah, 15, Muhammad Yusoff, 13, dan Nur, 6 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!