PERSONALITI media sosial Hajar Hanif sedar ramai akan mengkritik tindakannya menamatkan zaman janda tidak sampai setahun bercerai dengan bekas suaminya iaitu Mikhail Isaaq. Hajar atau Siti Hajar Mohd Hanif, 28, sebaliknya berkata tempoh penceraian bukan alasan untuk dia mencari kebahagiaan malah enggan membazir waktu meratapi perkara yang sudah berlalu. "Bagi saya kenapa nak meratap perkara yang membazir masa? Tiada jodoh dengan bekas suami, saya teruskan kehidupan seperti biasa. Hajar bergelar isteri buat kali kedua. "Kenapa nak kena murung bertahun-tahun, jadi saya cari kebahagiaan sendiri. "Saya memang dah tidak kisah tentang pihak sebelah sana sebab saya ada kehidupan baru, saya pekakkan telinga sahaja," katanya kepada mStar. Hajar berkongsi perkara ketika ditemui pada majlis pernikahannya dengan pempengaruh media sosial Azwan Aziz di Masjid Asy-Syarikin Kuala Lumpur pada Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai setahun bercerai, Hajar Hanif sah bergelar isteri influencer Azwan Aziz ARTIKEL BERKAITAN: Sah cerai talak satu, influencer Hajar Hanif mahu terus ‘move on’... Enggan kenang kisah silam bersama bekas suami Dalam pada itu, Hajar juga memberi 'lampu hijau' buat orang ramai untuk mengambil foto Azwan, 33, sebagai bukti jika dia cuba-cuba melakukan perkara tidak baik dibelakangnya. "Harapan saya sekarang semua orang dah tahu muka suami baru saya, jadi kalau dia ada buat perangai tolong tangkap gambar," ujarnya. Sementara itu, Azwan memberitahu detik perkenalan mereka berlaku ketika dia berjumpa dengan Hajar untuk menjual polisi insurans. Jelas Azwan, ketika itu dia tidak mempunyai sebarang niat lain namun lama-kelamaan hubungan mereka bertambah akrab dan mengambil keputusan melamarnya. Kenapa nak kena murung bertahun-tahun, jadi saya cari kebahagiaan sendiri. HAJAR HANIF PERSONALITI MEDIA SOSIAL "Tahun ni masa bulan puasa hari itu niat saya cuma nak berkenalan dan menjual polisi insurans sahaja. "Lama-lama bila berkawan dan jumpa keluarga saya buat keputusan melamarnya walaupun pada awalnya Hajar berbelah bahagi. “Tapi selepas mendapat keizinan ibu bapa, Alhamdulillah kami dah sah jadi suami isteri,” katanya. Tambah Azwan, dia tidak kisah dengan kisah lampau Hajar dan ingin memberikan tumpuan sepenuhnya kepada keluarga yang baru dibina. Fokus Hajar kini pada suami dan anak-anak. Untuk rekod, Hajar pernah mendirikan rumah tangga dengan Mikhail pada 1 Januari 2017 namun bercerai pada 5 Disember tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail Darwish,5 dan Mikhail Darris, setahun. Sebelum ini, kisah rumah tangga Hajar dan Mikhail pernah tular di media sosial selepas wanita itu mendakwa dia dijatuhkan talak tiga selepas bekas suami melafazkan taklik terhadapnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!