suria

8 tahun sulam cinta, Jeslina Hashim sah bergelar isteri Tunku Eddy Nasruan

Jeslina akhirnya mendirikan rumah tangga dengan Tunku Eddy Nasruan.

SELEPAS lapan tahun menyulam cinta, penyanyi dan pelakon Jeslina Hashim selamat bergelar isteri kepada kerabat Diraja Negeri Sembilan iaitu Tunku Eddy Nasruan.

Perkara itu disahkan sepupu kepada Eddy iaitu Tengku Alana yang mengucapkan tahniah kepada pasangan itu dalam majlis pernikahan mereka.

“Tahniah kepada sepupu saya Eddy dan sepupu baharu Jeslina.

“Semoga kamu berdua berbahagia dan terima kasih kerana menjemput kami,” katanya.

jes - 1

Jeslina kini kembali bergelar isteri.

Berita gembira itu dapat dilihat menerusi Instastory Jeslina atau Nor Jeslina Hashim, 45, pada malam Sabtu.

Pernikahan pasangan itu dilakukan secara tertutup di sebuah dewan di ibu negara.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah atas majlis pernikahan rasa sehari itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jeslina Hashim umum bakal kahwin kerabat Negeri Sembilan dalam pesawat

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal kahwin kerabat diraja, Jeslina Hashim kongsi berita gembira apabila sudah bersedia

Pada 1 November tahun lalu, Tunku Eddy memuat naik sebuah hantaran meluahkan rasa bahagia bersama Jeslina dan memberitahu tarikh ulang tahun perhubungan mereka bakal bertukar pada tahun ini.

Untuk rekod, Jeslina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Dion Andrew Vercoe pada 21 April 2005, namun bercerai pada Mac 2013.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Micah, 16, dan Keira, 14 tahun.

Untuk info, Tunku Eddy merupakan cucunda kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tuanku Ja'afar dan Tunku Ampuan Najihah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain