USAHAWAN kosmetik Aleeya Zailan tampil mempertahankan diri selepas didakwa sengaja mencari publsiti murahan apabila menularkan cerita kualiti air kotor di sebuah hotel lima bintang di Melaka. Aleeya, 35, berkata, sebagai ibu dia sesekali tidak tergamak mahu menyakiti anak-anaknya semata-mata untuk mendapatkan perhatian. Tambah Aleeya, perniagaannya yang semakin maju juga tidak memerlukan publisiti murahan semata-mata meningkatkan jualan produk. Aleeya alami sakit tekak selepas menggosok gigi menggunakan air di hotel berkenaan. "Takkanlah saya bodoh sangat nak bagi penyakit pada anak-anak semata-mata nak viral? "Saya tak perlukan publisiti murahan, bisnes saya dah berkembang sehingga ke luar negara. "Mereka yang komen kata saya begitu masa sekolah duduk kelas terakhir ke?," katanya. Aleeya meluahkan perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada awal pagi Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: Tekak gatal selepas gosok gigi, Aleeya Zailan terkejut air paip hotel 5 bintang macam teh ais ARTIKEL BERKAITAN: Pencapaian tiada ganti tanpa kehadiran bonda tercinta, Aleeya Zailan sebak ramai ‘ibu’ doakan kejayaan Menurut Aleeya, tindakan dia menularkan perkara berkenaan kerana mahu pihak hotel bertanggungjawab dan mengambil tindakan segera memperbaiki kualiti servis kepada pelanggan. Malah kata Aleeya, sebagai anak jati Melaka dia berasa malu jika ada pelancong dari luar negara mengalami nasib yang serupa dan akan mencemarkan imej negeri itu. "Saya dapat banyak mesej beritahu mereka mengalami perkara sama dan isu itu ada yang dari tahun lepas. Aleeya tidak tergamak sakitkan anak-anak demi meraih publisiti murahan. "Tujuan saya tularkan perkara itu sebab mahu pihak hotel lakukan sesuatu dengan mengambil tindakan segera. "Ada yang komen kata negeri Kelantan... tahun ni tahun melawat Melaka, jadi saya tak nak imej negeri kelahiran saya ni tercemar apabila pelancong asing dating menginap di sini," jelasnya. Pada Sabtu, Aleeya memuat naik video kualiti air paip di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Melaka sangat kotor. Malah dia mengalami sakit tekak selepas menggosok gigi dengan menggunakan air keruh berkenaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!