suria

Fizo Omar mohon netizen henti kecam, minta kenang pengorbanan dan kejayaan Azizulhasni

Fizo mohon rakyat Malaysia hentikan kecaman terhadap Azizulhasni (kiri).

PELAKON Fizo Omar menegur segelintir masyarakat Malaysia yang mengecam jaguh trek berbasikal negara iaitu Datuk Azizulhasni Awang susulan gagal dalam saringan pertama acara keirin Olimpik Paris 2024 pada Sabtu.

Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar, 39, berkata, rakyat Malaysia tidak sepatutnya menyalahkan Azizulhasni sehingga melupakan setiap kejayaan yang diraih untuk negara sebelum ini.

Fizo bagaimanapun percaya Malaysia bakal mendapat atlet pelapis bagi acara berbasikal demi menebus semula kekalahan di Sukan Olimpik akan datang.

Fizo terus beri sokongan buat Azizulhasni.

Fizo terus beri sokongan buat Azizulhasni.

"Adalah tidak wajar untuk segelintir antara kita mengecam membabi buta sehingga terlupa jasa dan kejayaan yang dilakar sebelum ini.

"Mungkin ini adalah Olimpik terakhir untuknya tapi saya percaya semangat dan pengalamannya akan melahirkan lebih ramai 'the pocket rocket man' di Malaysia pada masa hadapan.

"Saya percaya momen ini adalah sebagai keinginan membara untuk melahirkan penggantinya satu hari nanti dan pasti akan ditebus di pentas Olimpik akan datang,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Perjuangan Azizulhasni berakhir... Penyertaan batal selepas pintas 'pacer'

ARTIKEL BERKAITAN: Tersembam atas sejadah ketika solat Subuh, Fizo Omar panik sangka kena strok rupanya vertigo

Fizo berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad.

Dalam pada itu, Fizo memohon orang ramai untuk melihat setiap usaha dan kegigihan yang dilakukan oleh Azizulhasni selama ini untuk membawa pulang pingat emas buat negara.

Kata Fizo, insiden ini bukan kehendak Azizulhasni dan pastinya ada hikmah dalam setiap perkara yang berlaku.

"Wahai rakyat Malaysia, pandanglah dari sudut usaha dan pengorbanan seorang ahli sukan jaguh negara.

"Berpuluh tahun perjalanan dan persediaan untuk sampai ke tahap hari ini sememangnya apa yang berlaku adalah bukan kehendaknya ataupun disengajakan.

Kejayaan dan perjuangan Azizulhasni dalam sukan berbasikal perlu dihargai.

Kejayaan dan perjuangan Azizulhasni dalam sukan berbasikal perlu dihargai.

"Kita boleh nampak usaha yang dilakukan demi harapan pingat emas negara tetapi siapa tahu percaturan-Nya yang maha hebat untuk Datuk Jijoe (panggilan Azizulhasni) dan kita semua," ujarnya.

Pada Sabtu, penyertaan Azizulhasni seawal saringan pertama bagi acara keirin Olimpik 2024 di Paris dibatalkan kerana beliau terlalu awal memotong derny yang bertindak sebagai pacer.

Ia sekali gus memaksa perlumbaan dimulakan semula tanpa penyertaan pelumba berusia 36 tahun itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain