suria

Joy Revfa hamil 10 minggu, tiba-tiba rajin memasak walaupun alami alahan teruk

Joy umum sedang hamil 10 minggu.

SELEPAS lima bulan mendirikan rumah tangga dengan Dr. Adrian Yeah, usahawan kosmetik Joy Revfa memaklumkan dia kini sedang hamil 10 minggu.

Joy atau Siti Arifah Mohd Amin, 37, berkata, dia dan suami tidak menyangka diberi rezeki menimang cahaya mata namun bersyukur dengan berita berkenaan.

"Alhamdulillah dah masuk 10 minggu. Tak jangka terlalu awal mengandung kali ini.

joy1 - 1

Joy dan Adrean bakal menimang cahaya mata pertama.

“Rasa bersyukur Allah nak beri rezeki awal sebelum kami bulan madu,” katanya.

Joy berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad.

Bercerita mengenai kehamilannya, Jou memberitahu dia mengalami alahan teruk termasuk loya, mual dan lemah badan.

ARTIKEL BERKAITAN: Joy Revfa dedah sudah sah bergelar isteri Dr Adrian, nikah sebelum Ramadan

ARTIKEL BERKAITAN: Ada ahli keluarga dan rakan tak restu pernikahan Joy Revfa, kisah silam suami jadi punca - "Selepas peluk Islam dia sudah berubah"

Bagaimanapun kata Joy, walaupun mengalami alahan teruk namun dia semakin rajin memasak setiap hari buat keluarga.

"Tapi kehamilan kali kedua ini agak mencabar sebab hari-hari loya, mual dan lemah badan. Badan rasa sejuk.

“Rasa nak demam tapi tak demam. Hari-hari semakin rajin pula memasak!

"Ibu-ibu di luar boleh beri tip pada saya sikit selain makan ubat, apa lagi yang boleh kawal rasa loya ini?," kongsinya.

Sebelum ini, Joy memaklumkan sudah melangsungkan pernikahan dengan Dr Adrian atau nama Islamnya Muhammad Adrian Yeah, 32, sebelum Ramadan lalu.

joy2 - 1

Joy alami alahan teruk seperti loya dan mual.

Joy bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh sebenar pernikahannya dan hanya memuat naik foto sijil pernikahan dengan Dr Adrian di Instagram miliknya.

Usahawan itu sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Hafiz Hamidin pada 1 Mei 2017 sebelum memutuskan untuk bercerai tiga bulan selepas itu.

Sebeum itu, Joy pernah bernikah dengan seorang ahli pernigaan dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Arryan Firdaus, 10 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain