suria

Nenek Zahirah Macwilson meninggal dunia, syukur berada di sisi hingga nafas terakhir

Zahirah kongsi berita pemergian neneknya.

PELAKON Zahirah Macwilson memaklumkan neneknya iaitu Faridah Nyak Mohamad meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam Ahad.

Zahirah atau Nur Zahirah Macwilson Zainul Macwilson, 29, meluahkan rasa bersyukur berpeluang berada di sisi neneknya sehingga ke nafas terakhir.

"Betapa bertuahnya saya memiliki nenek seperti awak, bertuahnya saya diberi peluang untuk menjaga dan berada di sisi nenek sehingga nafas terakhir nenek," katanya.

2847168

Perkongsian Zahirah mengenai neneknya sejak awal Ogos lalu.

Zahirah berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada pagi Isnin.

Dalam pada itu, Zahirah berkata dia akan merindui setiap kenangan bersama sekali gus mengagumi sifat neneknya itu.

Menurut isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza itu juga, neneknya merupakan peminat utamanya yang menyimpan segala kisah perjalanan karier seninya.

"Saya pasti akan rindu gelak tawa, minat nenek terhadap drama melayu, rutin pagi nenek iaitu baca surat khabar, masakan sedap yang nenek dan hati awak yang sangat luar biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Kesihatan nenek Zahirah Macwilson semakin merosot, reda jika ditakdirkan ‘pergi’

ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan bertambah 10 kilogram, Zahirah Macwilson suka makan nasi sejak hamil anak kedua

"Terima kasih kerana menjadi peminat saya, insan yang menyimpan semua artikel berkaitan saya," katanya lagi.

Pada 5 Ogos lalu, Zahirah memaklumkan neneknya mengalami kegagalan buah pinggang, jantung lemah dan paru-paru berair.

Sejak itu, keadaan neneknya semakin teruk sehinggakan lebih banyak perkembangan negatif berbanding positif.

Malah doktor juga tidak memberi sebarang harapan mengenai masa depan Faridah sama ada bakal sembuh seperti biasa atau sebaliknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain