suria

Aisha mampu hafal lagu dan menari, Fasha Sandha tiada masalah anak ceburi bidang seni - “Dia seperti seorang penghibur”

Fasha tiada masalah jika Aisha Amaira mahu ceburi bidang seni suatu hari nanti.

WALAUPUN baru berusia empat tahun namun anak bongsu pelakon Fasha Sandha iaitu Aisha Amaira sudah menunjukkan minat dalam bidang seni.

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 40, berkata, dia dan suami iaitu aktor Aidil Aziz tidak akan memaksa mahupun menghalang minat Aisha sebaliknya akan beri sokongan penuh.

“Dia (Aisha) macam minat memasuki bidang seni. Boleh hafal lagu dan menari, dia seperti seorang penghibur.

NP-137

Fasha dan Aidil sentiasa sokong minat anak mereka.

“Tapi kami tak paksa atau halang, kalau dia seronok kami beri sokongan sepenuhnya.

“Aisha pun dah pandai mula bermain dengan alat solek, boleh nampak perkembangan dia lebih cepat daripada usianya,” katanya kepada mStar.

Fasha berkongsi perkara itu selepas selesai majlis sambutan hari lahir anaknya Aisha di Maya Hotel, Kuala Lumpur pada Ahad.

Seramai 300 orang tetamu menghadiri majlis berkenaan bagi memeriahkan suasana.

ARTIKEL BERKAITAN: "Artis pun manusia biasa" - Fasha Sandha tak 'alergi' pakaian murah tanpa jenama, paling penting cantik dan selesa

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha belum tutup ‘kilang’, rancang hamil tahun depan - “Aidil nak anak lelaki”

Bercakap mengenai majlis berkenaan, Fasha berkata, dia mengikut teladan ibunya yang sentiasa menyambut hari kelahiran anak-anak walaupun kehidupan mereka susah dahulu.

“Bergantung pada rezeki dan masa kalau nak buat majlis hari jadi anak. Tapi pasti akan sambut tak kisah sekecil mana pun.

“Sebab ibu saya daripada saya kecil tak pernah terlepas untuk sambut hari lahir saya walaupun kehidupan kami susah.

“Jadi saya terapkan perkara itu dan lakukan pada anak saya,” jelasnya.

Dia (Aisha) macam minat memasuki bidang seni. Boleh hafal lagu dan menari, dia seperti seorang penghibur.

FASHA SANDHA

PELAKON

Tidak terhenti di situ, kehadiran penyanyi Aepul Roza juga menjadi satu kejutan buat Aisha yang disediakan oleh Fasha dan Aidil.

Aisha kelihatan terkejut ketika Aepul menyanyikan lagu ILU di hadapannya kerana memang meminatinya.

“Kehadiran Aepul memang kejutan untuk Aisha tapi dia macam terkesima.

“Aisha memang peminat Aepul siap hari-hari dengar lagu Aepul, tapi bola berdepan terkesima dia dibuatnya,” ujarnya.

NP-139

Kehadiran Aepul membuatkan Aisha terkejut dan terkesima.

Untuk rekod, Fasha pernah berkahwin dengan usahawan Rizal Ashram atau Jejai pada 27 April 2012 namun mereka bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 11, dan Putri Raysha Jemyma, 9 tahun.

Fasha kemudiannya bertemu jodoh dengan Aidil pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aisha Amaira yang kini berusia empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain