suria

Jihan Muse umum hamil anak ketiga, reaksi keluarga terkejut dengar berita gembira buat netizen terhibur

Hariz dan Jihan bakal timang cahaya mata ketiga.

PENGACARA Jihan Muse mengumumkan dia dan suami iaitu Ungku Hariz bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi.

Khabar gembira itu dikongsikan oleh Jihan atau Nuur Jihan Musa, 40, menerusi satu hantaran video di Instagram pada Isnin.

Malah, pengacara program Gegar Vaganza ini turut meluahkan rasa syukur menerima kehamilan anak ketiga itu.

ju1

Jihan dan suami kongsi berita gembira bersama keluarga.

"Berita yang tak dijangka dan reaksi yang tidak dijangka," katanya.

Menerusi hantaran video tersebut, Jihan berkongsi momen reaksi ahli keluarganya apabila mengetahui khabar gembira tersebut.

Rata-rata dilihat terkejut dan teruja menyambut berita kehamilan yang datang daripada Hariz itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada niat persenda nama... Jihan Muse mengaku silap tidak sensitif, mohon maaf kepada Azmi Saat

ARTIKEL BERKAITAN: Ada sangka Jihan Muse sudah bersara, perlahan karier demi lihat anak-anak membesar depan mata

Jihan bagaimanapun tidak berkongsi lanjut mengenai usia kandungannya berkenaan.

Untuk rekod, Jihan dan Hariz mendirikan rumah tangga pada 29 Mac 2016.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Ungku Arsalan Haq, 6, dan Ungku Altamis Barr khas, 2.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain