suria

Chiwan bakal jadi bapa, rupanya isteri bunting pelamin

chwian 2

SELEPAS empat bulan mendirikan rumah tangga, pelawak dan penyampai radio Suria FM iaitu Chiwan bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

Berita gembira kehamilan itu dikongsikan oleh isterinya iaitu Amira Ayuni Hashim di Instagram pada Selasa.

Amira bagaimanapun tidak berkongsi usia kehamilannya namun kandungan dianggarkan sudah memasuki trimester kedua.

chiwan 1

Chiwan teruja ketika terima khabar kehamilan isteri.

"Tahun 2024 bulan Mei kita kahwin dan saya bunting pelamin. Terima kasih ya Allah atas rezeki ini," katanya.

Dalam rakaman video itu, Chiwan atau nama sebenarnya Mohd Azwan Sabri, 39, dilihat sebak dan memeluk isterinya selepas menerima khabar gembira itu.

Sementara itu, Amira, 27, memberitahu khabar gembira itu merupakan hadiah ulang tahun kelahiran suaminya yang ke-39.

ARTIKEL BERKAITAN: Chiwan dah bergelar suami, buat persiapan nikah dalam tempoh 20 hari

ARTIKEL BERKAITAN: Chiwan mahu kahwin tahun ini, wang RM250,000 buat beli rumah dan kereta

"Pada tahun 2023 saya berdoa kalau kita tahun depan (2024), nak sangat hadiahkan awak dua garis dan Alhamdulillah Tuhan makbulkan doa saya.

"Ini untuk suami dan hadiah suamiku. Sabar sikit lagi hadiah sayang keluar tahun depan, tahun ini kita enjoy tidur puas-puas," ujarnya.

Perkongsian tersebut dihujani dengan ucapan tahniah yang rata-rata tumpang gembira dengan khabar gembira tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain