suria

Amelia Henderson puji Aedy Ashraf lelaki baik, sentiasa bagi sokongan walau sudah tiada hubungan istimewa

Amelia dan Aedy masih berkawan.

BIARPUN tidak lagi menjalinkan hubungan cinta, pelakon Amelia Henderson dan Aedy Ashraf masih lagi memberikan sokongan terhadap kerjaya seni masing-masing.

Kata Amelia atau Amelia Thripura Henderson, 28, Aedy merupakan seorang lelaki budiman yang pernah dikenali dan sentiasa berada di sisinya.

"Walaupun kami sudah tidak rapat seperti dulu tapi saya tahu dia antara individu yang akan sentiasa berada di belakang saya (beri sokongan).

"Saya pun sentiasa memberikan sokongan terhadap dia. Aedy seorang lelaki yang sangat baik dan saya rasa dia layak untuk dapatkan yang terbaik dalam hidupnya," katanya kepada mStar.

Amelia menghargai setiap sokongan yang diberikan oleh Aedy.

Amelia menghargai setiap sokongan yang diberikan oleh Aedy.

Amelia berkongsi perkara itu ketika ditemui di tayangan perdana filem Harimau Malaya: The Untold Journey yang diadakan di GSC The Starling, Petaling Jaya, Selangor pada malam Isnin.

Dalam pada itu, Amelia menghargai sokongan yang diberikan oleh Aedy terhadap dirinya termasuklah ketika dirinya sedang berdepan kes saman di mahkamah.

"Saya sangat menghargainya. Secara jujurnya saya mempunyai rasa hormat yang sangat tinggi kepada Aedy. Cuma saya rasa hubungan kami sudah sampai ke penghujungnya.

"Saya hormat kepadanya, tidak ada satu perkara negatif tentang dia yang perlu saya kongsikan," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Status kami sudah cukup jelas" - Tiada lagi hubungan cinta, Aedy Ashraf dan Amelia Henderson kekal berkawan

ARTIKEL BERKAITAN: Gagal selesai cara baik, kes saman penulis skrip terhadap Amelia Henderson diteruskan di mahkamah

Amelia bagaimanapun memberitahu dia tidak mahu peminat salah faham dan terus berharap agar mereka menjalinkan hubungan kembali.

Kata Amelia lagi, dia reda dengan takdir tertulis untuk melepaskan perkara yang bukan lagi menjadi miliknya.

"Sebenarnya saya pun tak tahu macam mana nak beri reaksi tentang perkara ini kerana saya tidak mahu peminat salah faham dan menyimpan harap terhadap hubungan kami.

"Bagi saya, jika sudah masanya untuk kita melepaskan, kita harus lepaskan semuanya. Kita tidak boleh memaksa.

Aedy seorang lelaki yang sangat baik dan saya rasa dia layak untuk dapatkan yang terbaik dalam hidupnya.

AMELIA HENDERSON

PELAKON

"Apa yang saya boleh katakan, saya sentiasa doakan yang terbaik untuk dia," katanya.

Ditanya mengenai kes saman membabitkan Haironizam atau lebih dikenali atas nama pena Rehal Nuharis, Amelia memberitahu dia tidak boleh mengulas lanjut berkenaan hal tersebut kerana masih lagi dalam perbicaraan mahkamah.

"Saya tak dapat bercakap banyak mengenainya. Saya baru selesai proses mediasi dan akan akan diteruskan dengan perbicaraan pada Februari tahun depan.

"Selepas perbicaraan tersebut, saya akan jelaskan semuanya," katanya.

Amelia tidak mahu peminat terus berharap untuk kembali bersama Aedy.

Amelia tidak mahu peminat terus berharap untuk kembali bersama Aedy.

Sebelum ini, Aedy atau Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 31, mengakui dia sedia maklum dengan kes saman melibatkan Amelia bersama seorang penulis skrip iaitu Haironizam Mohd Idris.

Kata Aedy, dia yakin Amelia mampu mengharungi ujian yang dihadapi kerana menyifatkan aktres berkenaan seorang wanita yang kuat dan cekal.

Untuk info, kes saman membabitkan Haironizam atau lebih dikenali atas nama pena Rehal Nuharis diteruskan di mahkamah selepas kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat.

Peguam yang mewakili Haironizam, Nor Zabetha Muhammad Nor berkata tida sebarang penyelesaian dicapai antara anak guamnya selaku plantif dan Amelia sebagai defendan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain