suria

Penuhi permintaan terakhir arwah Hamdan, Lan Pet Pet terbuka hati ‘comeback’ bersama Senario

IMPIAN peminat mahu melihat Lan Pet Pet bersama Senario akhirnya tercapai apabila pelawak itu memilih untuk kembali aktif bersama kumpulan berkenaan.

Lan atau Mazlan Ahmad, 55, berkata keputusan itu dibuat kerana mahu memenuhi permintaan terakhir rakannya iaitu Allahyarham Hamdan yang mahukan mereka kembali bersatu semula.

“Sebenarnya masa tu saya berada di Ipoh untuk jual produk saya kemudian Senario ada di Johor Bahru untuk showcase pada akhir tahun dan kemudian sahabat saya meninggal di Johor dan dikebumikan di Perak.

“Nasib baik ketika itu saya berada di Ipoh, kemudian isteri arwah iaitu Lin beritahu Hamdan selalu tanya mengenai saya dan tanya kenapa tak sertai Senario semula.

“Isteri dia menangis dekat saya dan cakap permintaan terakhir Hamdan adalah mahukan saya sertai semula Senario, walaupun jiwa saya dekat tempat lain tapi disebabkan persahabatan jadi saya terima,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Lan bersama kumpulan Senariounion bakal membuat persembahan konsert Showcase Senario semperna bulan kemerdekaan ini bertempat di Panggung Bangsawan Melaka pada 30 Ogos nanti.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi