PELAKON Nadhir Nasar menafikan khabar angin mendakwa dia pernah menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang namun terputus di tengah jalan.
Menjawab mengenai perkara itu, Nadhir atau nama sebenarnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 28, berkata dia tidak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita.
“Saya tidak tahu mengapa cerita ini muncul, tapi kalau saya menjalinkan hubungan dengan seseorang saya tidak mahu sekadar di tengah jalan.
“Ianya adalah sesuatu yang privasi bagi saya, kehidupan peribadi saya ialah kehidupan peribadi saya,” katanya kepada mStar.
Dalam pada masa yang sama, dia memberitahu akan berkongsi mengenai status diri apabila sudah benar-benar bersedia.
“Jika saya sudah sedia saya akan memberitahu dengan siapa saya bercinta, dengan siapa saya temu janji, peminat saya kenal saya macam mana,” ujarnya.
TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI