suria

Ezra Kairo tak tolak jika jodoh dengan bekas isteri Andika Putera, rezeki bertambah selepas ‘live’ bersama

PENYANYI Ezra Kairo tidak menolak sekiranya ditakdirkan berjodohan dengan personaliti media sosial iaitu Ananda Natasha.

Ezra atau nama sebenarnya Daniel Ezra Muhammad Shafiq Nichleson Abdullah, 23, bagaimanapun berkata ketika ini ingin memberikan fokus kepada karier selain tidak mahu menjadi penghalang kepada kerjaya Natasha.

“Siaran langsung kami buatkan ramai orang gembira. Kalau perasan, setiap malam mencecah puluhanribu penonton. Komen-komen pun kata ramai yang gembira. Jadi saya gembira sebab beri aura positif kepada mereka.

“Cakap soal jodoh, sejujurnya doakan yang baik-baik. Sekarang ini dia sedang sibuk bekerja. Jadi saya tidak mahu jadi halangan untuk dia teruskan karier. Saya pun sekarang ini fikir soal kerja. Kalau ada jodoh, ada. Saya teruma saha kalau dia jodoh saya,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Ezra berkata sejak dia membuat siaran langsung bersama Natasha, namanya semakin disebut-sebut ramai termasuk pihak media.

“Ini jujur daripada saya, sejak buat siaran langsung dengan dia, tiba-tiba nama saya meningkat. Itu jujur daripada saya. Sejak daripada itu rezeki dan nama saya meningkat,” ujarnya.

Sebelum ini ramai netizen terhibur dengan telatah mereka menerusi siaran langsung di TikTok dan merestui jika mereka menjalinkan hubungan serius.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi