suria

Amir Jahari padam X gara-gara komen ‘fake Sitizoner’, mental terganggu baca kecaman netizen

PENYANYI Amir Jahari mengakui emosi serta mentalnya terganggu selepas menjadi mangsa buli siber di laman X.

Ini selepas pendapatnya mengenai persembahan Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak diterima baik oleh peminat fanatik penyanyi popular itu yang dikenali sebagai Sitizoner.

“Sekarang ini saya sudah tahu ada dua jenis Sitizoner (nama kelab peminat Siti Nurhaliza). Ada yang baik dan ada juga yang palsu. Yang palsu dia dia serang saya menyebabkan saya padam X untuk sebulan.

“Kemudian saya muat turun (install) kembali semata-mata untuk serang mereka sebab mental saya tidak okay ketika itu. Namun selepas serang saya rasa menyesal sebab itu bukan diri saya. Kenapa perlu orang buat jahat kita balas semula dengan jahat?

“Saya sangat terkesan kerana ketika itu mereka kata saya sendu semula selepas AJL (Anugerah Juara Lagu). Sebenarnya saya tidak kisah pun sebab saya masih lagi buat lagu dan mampu beri makan kepada keluarga,” katanya kepada mStar.

Amir juga turut menasihati supaya peminatnya tidak terlalu fanatik terhadapnya kerana risau akan menjadi perkara yang tidak diingini.

“Bagi saya kalau kita dapat benda bagus dari seseorang artis itu, kita (peminat) tidak akan jadi toksik. Jadi bila sudah ramai yang toksik, saya suarakan supaya berhenti mengidolakan saya,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi