suria

Nama kembali jadi sebutan peminat, Ajai bakal bawa Hafiz Suip sertai konsert di Singapura

SEJAK membuat kemunculan di Konsert By Ajai and Mega Friends pada 3 Ogos lalu, nama penyanyi Hafiz Suip kembali menjadi sebutan dalam kalangan peminat.

Malah ramai mengucapkan terima kasih kepada penyanyi dan komposer Ajai yang menjemput Hafiz membuat kemunculan dalam konsert tersebut.

Tidak terhenti di situ, Ajai atau Mohamad Faizal Maas, 49, memberitahu dia bakal sekali lagi menampilkan Hafiz menerusi konsert sama yang akan diadakan di Singapura pada tahun depan.

"Saya sudah buat perancangan sehingga konsert yang ke 4.0 malah persembahan di Singapura tahun depan saya akan bawa Hafiz bersama," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ajai menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah ketika bekerjasama dengan Hafiz malah semua cakap-cakap tidak elok mengenainya sebelum ini tidak benar.

Kata Ajai, sebagai komposer dan sahabat lama dia sentiasa berharap Hafiz tidak akan patah semangat dalam merancakkan kembali kariernya.

"Dia pun akan mengadakan konsert di Sarawak tidak lama lagi. Itu maknanya dia sudah mula kembali dengan karier seninya.

"Penyanyi bagus macam dia tak patut hilang," katanya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi