suria

“Itulah podcast... Itu pun mahu koyakkah?” - Saiful Apek

MELIHAT isu membabitkan Sepah masih belum selesai, pelawak senior Saiful Apek tampil memberi pandangannya berhubung kontroversi kumpulan itu.

Mengulas perkara itu, Saiful atau Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 55, meminta mereka menyelesaikan kemelut berkenaan secara baik dan bukannya menjadikan platform media sosial sebagai perantaraan.

“Bagi saya setakat cerita perkara lepas mengenai zaman muda itu biasa dekat Podcast, sebab itu memang caranya untuk naikkan jumlah tontonan, kenapa nak ‘koyak’ pula.

“Saya tak berpihak mana-mana pihak tapi dunia sekarang sudah berubah, mereka ni public figure jadi nak gaduh tu tengok-tengok la orang lama, kumpulan Senario tak pernah bergaduh di media sosial sebab semuanya kami selesaikan diluar,” kata Saiful kepada mStar.

Dalam pada itu, selaku pelawak senior, Saiful akui terguris dengan tindakan kumpulan Sepah itu kerana didakwa seakan-akan tidak menghormatinya selaku orang yang lebih lama berada dalam industri.

“Bila saya tengok mereka bergaduh tu aduh hati saya sangat terguris sebab kenapa mereka buat macam ni, Senario pun tak pernah buat macam ni, kalau boleh belajar minta maaf dan memaafkan lagi bagus selesai cara luar,” luahnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi