suria

[Vodcast EP4: Part 2] Yana Samsudin ‘throwback’ hidup susah belanja RM3 sehari, balik kerja jalan kaki

KETIKA namanya sedang berada di kemuncak pada tahun 2010, pelakon dan penyanyi Yana Samsudin tidak pernah mempunyai keinginan untuk memiliki barangan mewah seperti rakan selebriti lain.

Sebaliknya, Yana atau nama sebenarnya Nurliana Samsudin, 40 mendedahkan dia hidup secara berjimat cermat dan lebih suka menyimpan wang pendapatannya itu.

Jelas aktres itu, dia sama sekali tidak terikut dengan pengaruh artis-artis lain memandangkan pendapatan sebagai seorang anak seni adalah tidak tetap.

Bukan sahaja buat dirinya, Yana berkata dia turut membuat simpanan untuk masa depan tiga cahaya matanya.

Memilih untuk menabung menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN), Yana tidak lagi perlu risau berhubung perbelanjaan anak-anak untuk melanjutkan pelajaran kelak.

Kata Yana, banyak manfaat dan keistimewaan diperolehi dengan menabung di Simpan SSPN antaranya pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, pelindungan takaful percuma ke atas pendeposit, Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk keluarga yang layak, kadar dividen yang kompetitif, simpanan dijamin kerajaan dan patuh syariah.

Pelbagai topik menarik akan dibincangkan bersama Yana di dalam sesi podcast mStar tersebut.

#SimpanSSPN #myPTPTN #PeluangKejayaanAnda

TONTON VIDEO PENUH PODCAST DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi