suria

Selalu kena tinggal dengan wanita, lagu ‘Musnah’ kisah sebenar cinta tak kesampaian Danial Kifli

MENGINSPIRASIKAN daripada kisah peribadi sendiri, penyanyi baharu Danial Kifli selesa menulis lagu kisah sedih untuk dijadikan contoh kepada pendengar.

Kata Danial atau Muhammad Ariff Danial Kifli, 21, lagu Musnah dan juga Pergilah Cinta hasil ciptaannya adalah untuk meluahkan rasa sedihnya terhadap kegagalan dalam bercinta sebelum ini.

“Saya selalu ditinggalkan dan saya ceritakan ia di dalam lagu. Saya tidak mempunyai bekas kekasih. Ada yang sebelum ini dia kata mahu fokus belajar, tetapi selepas dapat kerja lebih baik dia tinggalkan saya.

“Saya sebenarnya bukan tidak move on, cuma saya nak orang tahu sebelum saya menjadi penyanyi, saya juga hadapi benda itu (putus cinta). Jadi saya nak sampaikan benda yang saya sendiri rasa,” katanya kepada mStar.

Bercerita mengenai ciri-ciri wanita idamannya, Danial tidak terlalu memilih namun hanya meminta supaya individu tersebut sopan dan saling menghormati.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi