suria

Berjaya kurangkan berat badan, Fazziq Muqris kongsi tip hilang 11kg... Paling penting kena disiplin ikut rutin

MULA melakukan diet dan senaman sejak bulan April lalu, penyampai radio dan pelakon Fazziq Muqris berjaya menurunkan berat badan sebanyak 11 kilogram (kg).

Meskipun jadual padat dengan kerja, Fazziq atau nama sebenarnya Muhammad Fazziq Muqris Mohd Shariff, 24, berkata dia tetap akan mencari masa untuk melakukan senaman pada waktu tengahari.

“Hari kedua Raya Aidilfitri saya sudah mula diet. Saya jadi terliur bila tengok kawan-kawan makan di hari raya. Mula daripada situ mental saya menjadi kacau memandangkan saya pun bekerja (sebagai penyampai radio) pada waktu malam.

“Rutinnya saya akan bangun pada pukul 12 tengah hari dan pergi gim pukul 1 petang, kemudian pukul 6 petang itu saya masuk kerja sehingga 12 malam. Itu rutin saya sejak 13 April sehingga sekarang.

“Saya buat itu setiap hari kecuali Ahad sahaja akan luangkan masa bersama kawan dan keluarga. Alhamdulillah daripada 73 kg dan sekarang 62 kg,” katanya kepada mStar.

Fazziq turut menafikan bahawa dia mengambil ubut diabetes jenis Ozempic sebagai jalan mudah untuk menurunkan berat badan.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi