suria

“Kalau lambat mungkin saya sudah bye bye”... Riz Amin masih trauma, syukur umur panjang

PELAKON Riz Amin berdepan trauma selepas berdepan detik cemas digigit serangga berbisa pada awal Ogos lalu.

Meskipun diselubungi rasa takut, namun Riz atau Norizam Amin Nordin, 39, berkata dia tetap perlu meneruskan penggambaran drama memandangkan masih ada lagi saki baki babak yang belum selesai.

“Masa kena tu muka saya bengkak, nafas saya macam susah kemudian doktor cakap kalau lambat bawa saya pergi ke hospital atau klinik mungkin saya sudah tiada lagi.

“Kejadian tu berlaku memang agak trauma la untuk saya sebab kena gigit serangga, ini kali pertama berlaku sepanjang bergelar pelakon.

“Mungkin selepas ini pihak produksi akan lebih berjaga-jaga dan sebenarnya mereka dah buat yang terbaik cuma itu kan kawasan luar jadi banyak binatang kan,” katanya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi