suria

Orang dengki tengok karier semakin menyinar, Elly Mazlein kuatkan diri tak layan cubaan kacau ‘periuk nasi’

PENYANYI Elly Mazlein mengakui pernah berasa penat dan mahu berhenti daripada menjadi pengacara disebabkan ada pihak yang kurang senang dan cuba mengganggu kariernya itu.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 43, bagaimanapun berkata hasrat tersebut terhenti apabila ramai yang mempercayai dan memerlukan khidmatnya dalam dunia pengacaraan.

“Tidak sangka sampai hari ini orang masih terima, beri kepercayaan dan peluang kepada saya walaupun kadang-kadang ada timbul rasa sedih disebabkan terdapat benda yang kacau-kacau saya.

“Kadang-kadang ada rasa sudah tidak mahu (terima tawaran) sebab sudah raa tidak tahan lagi sebab kita manusia kan. Tetapi bila fikir balik, kita kena kuat sebab orang masih lagi percaya dan perlukan khidmat saya dalam industri.

“Gangguan itu biasalah dalam kehidupan ada yang suka ada yang tidak. Bagi saya selagi dia buat (kacau), selagi itu jadi penguat saya. Tidak apa, saya anggap itu sebagai satu cabaran dalam industri dan bidang pengacaraan,” katanya.

Elly memaklumkan perkara itu ketika ditemui di Sidang Media Konsert Farmasi Soundzation yang bakal diadakan pada 30 November depan di MegaStar Arena, Kuala Lumpur.

Dalam masa sama, Elly turut meluahkan rasa syukur apabila rezekinya pada tahun ini bertambah dengan pelbagai tawaran kerja.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi