SELEPAS secara terbuka bercakap mengenai prosedur kecantikan dilakukan pada wajahnya, pelakon Fathia Latiff mendedahkan pula dia pernah mencacah tatu di bahagian tangan kirinya. Bagaimanapun jelas Fathia atau Nur Fathia Abdul Latiff, 37, tatu dengan tulisan ‘Angel On Earth’ itu dilakukan tanpa sengaja dua tahun lalu ketika dia dalam fasa tertekan dan gagal berfikiran secara waras. “Saya terbuat sebab ketika itu saya stres. Saya buat itu dua tahun lepas, ketika fasa saya tertekan. Fathia ketika ditemui media. “Semasa saya buat itu, saya memang tidak fikir apa-apa. Saya buat sahaja. Dan ini hanya satu sahaja (tatu). Dia tulis Angle On Earth,” katanya. Fathia memaklumkan perkara itu ketika ditemui di sidang media drama dalam talian berjudul Jangan Tinggal Abang, Dek di Senja Kirana Event Space, Sentul pada Rabu. Jelas aktres itu, ibu dan bapanya berang akan tindakannya itu dan meminta ia didapam namun belum mempunyai waktu kerana sedang sibuk. “Ibu ayah saya memang marah, tetapi tidak terlalu teruk sangat sebab mereka takut saya lagi stres dan buat benda pelik-pelik. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dulu wajah cengkung, kurang yakin diri... Fathia Latiff mengaku ‘buat muka’ untuk nampak lebih cantik ARTIKEL BERKAITAN: Hidup lebih tenang, Fathia Latiff jumpa doktor 2 minggu sekali... Mahu kembali aktif dunia lakonan “Mereka sudah suruh buang, cuma sekarang ini tidak ada masa nak buang lagi. Tengah tunggu masa yang sesuai untuk buang,” ujarnya. Fathia juga berkata dia akan lebih berhati-hati dan menjaga penampilannya supaya tatu tersebut tidak lagi menjadi perhatian orang ramai. “Ya selepas ini akan jaga penampilan. Lagipun, saya ada dapat tawaran untuk jadi pembantu kepada seorang berpangkat Datuk, jadi akan berpakaian kemas,” katanya. Fathia mengaku itu satu kesilapan dan mahu membuangnya. Bercerita mengenai drama Jangan Tinggal Abang, Dek, Fathia berkata dia sangat berterima kasih kepada penerbit, Erma Fatima kerana memberi peluang kepadanya untuk kembali berlakon. Jelas Fathia, dia berharap penonton dapat kembali menerimanya dalam dunia lakonan. Selain Fathia, pelakon yang turut menjayakan drama dalam talian tersebut adalah Adi Putra, Nabila Huda, Elly Mazlein, Adira, Alya Iman dan ramai lagi. Drama tersebut disiarkan di TikTok dan Instagram Kayra TV pada setiap hari Jumaat, Sabtu, Ahad. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube