PENERBIT Datuk Yusof Haslam tidak menyimpan harapan agar bekas menantunya iaitu pelakon Puteri Sarah Liayana kembali ke pangkuan anaknya, Syamsul Yusof. Kata Yusof, 71, dia tidak berhak menentukan kehidupan anak-anaknya sebaliknya hanya mampu mendoakan yang terbaik buat mereka. "Saya tak boleh kata mahu Sarah balik ke pangkuannya atau sebaliknya. Yang menentukan kehidupan mereka adalah mereka sendiri, itu bukan urusan saya. Yusof tak paksa Sarah pulang ke pangkuan Syamsul. "Saya tak boleh berkata lebih, ini soal kita meletakkan harapan tetapi yang menentukan adalah takdir Allah. Jadi saya reda saja," katanya kepada mStar. Yusof berkata demikian ketika ditemui di sidang media pertama Festival Filem Malaysia (FFM) ke-33 yang berlangsung di Hulu Kelang, Selangor pada Selasa. Mengulas mengenai reaksi Puteri Sarah, Yusof memberitahu bekas menantunya itu turut sama terkejut mendengar perkhabaran itu. Mekipun sudah berpisah, Puteri Sarah bagaimanapun kekal positif malah turut berpesan kepada bekas mertuanya untuk sentisa mendoakan Syamsul. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Yusof Haslam kesal kenyataan isteri disalah tafsir, sedih dengar berita Syamsul dan Ira Kazar mahu bercerai ARTIKEL BERKAITAN: Belum dua tahun kahwin, Syamsul Yusof dan Ira Kazar tiada persefahaman... Peguam sahkan telah fail cerai "Semalam saya ada jumpa Sarah sebab dia singgah ke rumah sekejap dan ada kami bersembang. "Dia pun terperanjat dan tak tahu perkara itu akan terjadi tapi Sarah berpesan pada saya untuk reda dan doa yang baik-baik buat Syamsul," ujarnya. Pada Isnin, peguam syarie yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Rais mendedahkan pengarah berkenaan telah memfailkan cerai terhadap isterinya Ira Kazar. Permohonan cerai itu dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor. Sarah terkejut Syamsul failkan cerai. Untuk rekod, Syamsul dan Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand. Sebelum ini, Syamsul pernah berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 20`4 namun perkahwinan Sembilan tahun mereka itu berakhir dengan penceraian pada 14 Jun 2023. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhu Islam, 7, dan Sumayyah, 5 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!