suria

Kakak pembantu peribadi artis wanita sangkal dakwaan mencuri, dibebaskan dengan jaminan polis

Polis membebaskan pembantu peribadi pelakon popular dengan jaminan.

SELEPAS empat hari direman, pembantu peribadi kepada pelakon wanita yang didakwa mencuri barang kemas aktres berkenaan akhirnya dibebaskan dengan jaminan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazruel Ekram Abu Saare memaklumkan perkara tersebut dan siasatan masih dijalanlan.

"Suspek dibebaskan dengan jamin polis sementara siasatan dilengkapkan. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya kepada pemberita pada Ahad.

pembantu artis 1

Seorang wanita mendakwa dirinya dipukul artis popular.

Terdahulu media melaporkan tentang penahanan wanita tersebut pada Khamis lalu selepas laporan dibuat terhadapnya.

Wanita berusia 28 tahun itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Selangor.

Kakak kepada wanita berkenaan memberitahu adiknya telah dibebaskan dan menunggu keputusan penuh pihak berkuasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Aktres popular bengang pergolakan rumah tangga didedah kepada ibu, pembantu peribadi dapat habuan penumbuk

ARTIKEL BERKAITAN: Selisih faham 4 pagi, aktor popular didakwa tumbuk mata teman wanita

Dalam masa sama dia juga menafikan adiknya melakukan perbuatan jenayah itu.

"Adik saya telah dibebaskan, kami tunggu laporan penuh terhadap kes ini. Barang kemas yang ditemui itu adalah milik ibu kami, bukan milik artis itu," ujarnya.

Sementara itu pelakon berkenaan pula mendakwa dia menyedari rantai emas miliknya tiada dalam simpanan semasa berada di rumah di Taman Cempaka pada 26 Jun lalu.

Suspek dikatakan mencuri barang itu malah pada Mac lalu dan pengadu juga pernah kehilangan wang tunai sebanyak RM10,000.

Kes ini juga dikaitkan dengan laporan yang dibuat oleh pembantu peribadi berkenaan atas dakwaan dicederakan oleh pelakon tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain