suria

Nenek menangis tak dapat lihat muka cucu buat kali terakhir, pihak keluarga mahu segera kebumikan Nidza Afham

Nenek arwah sempat mengusap keranda yang digunakan cucunya.

NENEK kepada Allahyarham Nidza Afham iaitu Arbaiah Zakaria menangis kerana tidak dapat menatap wajah jenazah cucunya buat kali terakhir.

Keputusan ahli keluarga yang mahu bergegas ke masjid bagi mempercepatkan urusan pengebumian menjadi salah satu faktor.

Perkara itu dimaklumkan abang ipar kepada Allahyarham iaitu Muhammad Effrie Amron, 34, yang memohon maaf kepada neneknya dan ahli keluarga lain.

nidza111

Nenek arwah terpaksa ditenangkan.

Tidak dapat menahan kekecewaan itu, Arbaiah hanya mampu mengalirkan air mata atas keputusan yang dibuat.

Bagaimanapun, nenek arwah hanya sempat melihat dan memegang keranda yang sudah dimasukkan ke dalam van jenazah.

Jenazah Allahyarham Nidza dibawa ke ke Masjid Puncak Alam di Shah Alam untuk disembahyangkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Laporan bedah siasat Nidza Afham bakal diketahui petang ini, penentu jika ada unsur jenayah

ARTIKEL BERKAITAN: 3 ahli keluarga Nidza Afham dipanggil beri keterangan, emosi kekasih pula tidak stabil

Seterusnya jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam bagi urusan pengebumian.

Sementara itu, keputusan bedah siasat ke atas Nidza Afham, 23, yang dijalankan di Unit Perubatan Forensik, Hospital Shah Alam masih dalam siasatan pihak berkuasa dan akan dimaklumkan kemudian.

Jenazah Nidza dibawa ke dalam van sebelum ke tanah perkuburan.

Jenazah Nidza dibawa ke dalam van sebelum ke tanah perkuburan.

Proses bedah siasat yang dijalankan bermula sekitar 11:30 pagi sehingga selesai pad pukul 4 petang.

Pada Rabu, berita kehilangan Nidza dikongsi sendiri oleh adiknya yang juga penyanyi Aufahanie yang memohon bantuan orang ramai mengesan atau memberi sebarang maklumat berkaitan kehilangan abangnya itu.

Namun tidak sampai 24 jam pencarian, Allahyarham ditemukan sekitar pukul 7 malam kira-kira satu kilometer dari lokasi Nidza dilaporkan hilang.

Penemuan arwah itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang memberitahu mayat lelaki ditemukan di sekitar jambatan Sungai Klang adalah Nidza.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain