KEMATIAN penyanyi Nidza Afham yang ditemukan sudah tidak bernyawa di Sungai Klang pada petang Rabu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Perkara itu dimaklukam Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan selepas bedah siasat terhadap Allahyarham Nidza, 23, didapati tiada sebarang kecederaan fizikal. Bagaimanapun pihaknya masih menanti laporan siasatan makmal bagi mengenal pasti punca kematiannya. Punca kematian Nidza belum dipastikan. "Bedah siasat dijalankan pada jam 11 pagi sehingga 3 petang ke atas mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar. "Kita masih menunggu laporan siasatan makmal bagi mengenal pasti punca kematian dan tiada kecederaan fizikal. "Siasatan diteruskan sebagai SDR," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Nenek menangis tak dapat lihat muka cucu buat kali terakhir, pihak keluarga mahu segera kebumikan Nidza Afham ARTIKEL BERKAITAN: Laporan bedah siasat Nidza Afham bakal diketahui petang ini, penentu jika ada unsur jenayah Dalam pada itu, Hussein menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut tampil dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran. Mayat Allahyarham Nidza atau Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23, ditemukan di Sungai Klang pada pukul 7 petang Rabu selepas hampir 24 jam dilaporkan hilang. Jenazah kemudiannya di bawa ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat sebelum dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cerakah, Puncak Alam di Shah Alam selepas solat Asar. Mayat Nidza ditemukan di Sungai Klang. Berita kehilangan Nidza tular selepas adik perempuannya yang juga penyanyi Aufahanie berkongsi di media sosial memohon bantuan orang ramai mencari abangnya. Allahyarham dilaporkan keluar dari rumahnya sekitar pukul 7.45 malam untuk berjoging di Stadium Sultan Suleiman, Klang. Nidza bagaimanapun gagal dihubungi sebelum teman wanitanya berjaya mengesan telefon bimbit mangsa berdekatan jambatan Sungai Klang. Keluarga yang bergegas ke tempat kejadian berjaya menemui telefon dan dompet milik mangsa. Rakaman CCTV yang berjaya diperoleh juga berjaya mengesan seorang lelaki memakai jersi bernombor 56 dipercayai Nidza sedang berjalan di sekitar kawasan Masjid India Muslim Tengku Kelana di Klang. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!