suria

Ramai salah faham sampai nak boikot, Aleeya Zailan jawab dakwaan lantik Marissa Dania sebagai duta produk

Kehadiran Marissa dipersoalkan banyak pihak.

KEHADIRAN pempengaruh media sosial, Marissa Dania di pelancaran produk milik usahawan Aleeya Zailan pada Rabu lalu menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.

Sehinggakan ada yang meninggalkan komen mahu memboikot produk terbaharu yang dilancarkan Aleeya ketika itu.

Tampil menjelaskan hal berkenaan, Aleeya, 35, menegaskan kehadiran Marissa bersama suaminya Ahmad Aslam bukanlah sebagai duta produk.

aleeya 2

Aleeya menjelaskan tentang kehadiran Marissa.

"Pelik macam mana netizen boleh kata Marissa itu duta. Dia yang datang duduk dengar talk pun jadi bahan fitnah dan nak boikot," katanya.

Aleeya menulis perkara tersebut di Instastory miliknya pada pada Sabtu menjawab pertanyaan pengikut berhubung hal berkenaan.

Sikap kurang senang pengikut dipercayai berpunca daripada kontroversi yang melanda Marissa sebelum ini susulan perkahwinannya bersama Aslam yang juga merupakan suami orang.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] 3 jam tunggu bekalan air bersih, Aleeya Zailan terkenang kes mayat dalam tangki

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aslam dan Marissa bergegas tinggalkan majlis pelancaran produk, kunci mulut dakwaan bakal timang anak

Sebelum itu dalam satu video yang memaparkan rakaman ketika pelancaran netizen telah menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen sehingga ada yang menganggap kehadiran Marissa sebagai salah satu bentuk promosi.

Menerima kecaman dengan hati terbuka, Aleeya juga menganggap dia cukup beruntung kerana masih ramai terus percaya akan produk penjagaan kulit jenama miliknya selama ini.

aleeya 3

Aleeya melancarkan produk kecantikan terbaharu miliknya.

"Bagi saya kepada orang yang berfikirkan negatif itu biarkan mereka.

"Kelilingi diri kita dengan orang berfikiran positif, insya-Allah kita pun positif," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain