suria

[V] Abang ipar kongsi detik buat pengecaman mayat, cam wajah dan jersi dipakai Nidza Afham

Irfahanie berharap keputusan bedah siasat dapat merungkai punca kematian adiknya.

MAYAT penyanyi Nidza Afham ditemukan dalam keadaan tubuh badannya sudah menggelembung disebabkan sudah beberapa jam berada di dalam Sungai Klang, Selangor iaitu lokasi Allahyarham ditemukan.

Abang ipar Allahyarham, Muhammad Effrie Amron memberitahu dia membuat pengecaman ditempat kejadian berdasarkan wajah dan baju dipakai Nidza.

“Saya yang buat pengecaman jenazah malam semalam.

kakak11 - 1

Irfahanie dan Effrie membuat kenyataan kepada media pada pagi Khamis.

“Kita kena tengok betul-betul, saya lihat muka dan saya kenal baju yang dia (Nidza) pakai.

“Badan arwah sedikit menggelembung disebabkan sudah beberapa jam dalam sungai,” katanya kepada mStar.

Effrie berkongsi perkara itu ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Shah Alam pada pagi Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Aufahanie mohon henti sebar foto arwah abang, hormat perasaan keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kakak jumpa nota rancang mahu berkahwin, bapa dapat firasat tentang Nidza Afham selepas laung azan

Dalam pada itu, kakak sulung kepada arwah iaitu Irfahanie Mokhtar berharap keputusan bedah siasat dapat merungkai punca kematiannya.

“Kita harap yang baik-baik sebab kita tidak tahu keadaan jenazah dalam keadaan macam mana, ada kecederaan atau sebaliknya.

“Saya harap yang baik- baik sahaja,” katanya.

Sementara itu, jenazah Nidza akan dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Puncak Alam, Shah Alam.

Sebelum ini berita kehilangan Nidza dikongsi sendiri oleh adiknya yang juga penyanyi Aufahanie yang memohon bantuan orang ramai mengesan atau memberi sebarang maklumat berkaitan kehilangan abangnya itu.

Allahyarham merupakan abang kepada Aufa.

Nidza yang berusia 23 tahun juga merupakan seorang penyanyi dan pernah tampil dalam sebuah program realiti bersama Aufa.

Namun tidak sampai 24 jam pencarian, Allahyarham ditemukan sekitar pukul 7 malam kira-kira satu kilometer dari lokasi Nidza dilaporkan hilang.

Penemuan arwah itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang memberitahu mayat lelaki ditemukan di sekitar jambatan Sungai Klang adalah Nidza.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain