suria

Aufahanie mohon henti sebar foto arwah abang, hormat perasaan keluarga

Aufahanie mohon orang ramai menghormati perasaan keluarga mereka.

PENYANYI Aufahanie memohon orang ramai tidak berkongsi foto Allahyarham abangnya iaitu Nidza Afham selepas jasadnya ditemukan tidak bernyawa di Sungai Klang pada malam Rabu.

Aufa atau Nur Aufahanie Mokhtar, 21, berharap mana-mana pihak yang berkongsi foto tersebut dapat memadam perkongsian dibuat bagi menjaga perasaan pihak keluarganya.

"Tolong, tolong jangan kongsi gambar arwah abang saya yang ditemui ke media sosial anda.

aufa - 1

Aufahanie mohon orang ramai henti sebarkan foto arwah Nidza.

"Sila padam, hormati perasaan kami sekeluarga. Terima kasih," katanya.

Aufahanie berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Sebelum ini ketika ditemu bual mStar, Aufahanie memaklumkan kehilangan Nidza meninggalkan kesan mendalam buat penyanyi berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Keluarga belum buat keputusan teruskan bedah siasat, Nidza Afham anak bertanggungjawab - "Dia jaga ibu sehingga akhir hayat"

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kakak jumpa nota rancang mahu berkahwin, bapa dapat firasat tentang Nidza Afham selepas laung azan

Kata Aufahanie, dia juga tidak dapat melelapkan mata selepas mendapat berita kehilangan Nidza.

Pada pagi Rabu, Aufahanie berkongsi berita kehilangan Nidza dan memohon bantuan orang ramai mengesan atau memberi sebarang maklumat berkaitan kehilangan abangnya itu.

Nidza yang berusia 23 tahun juga merupakan seorang penyanyi dan pernah tampil dalam sebuah program realiti bersama Aufa.

Namun tidak sampai 24 jam pencarian, Allahyarham ditemukan sekitar pukul 7 malam kira-kira satu kilometer dari lokasi Nidza dilaporkan hilang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain